Sunday 26 February 2012

CABARAN


Cabaran
(A.Ghafar Ibrahim)
Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum )KPM)

SINOPSIS

Babak 1

Perbualan Yahya, Mariah, Firdaus,Hani, Zainal dan Husin tentang cabaran yang dihadapi pada
masa sekarang iaitu cabaran kemajuan ekonomi dan pelajaran. Kemunduran berpunca
daripada sikap masyarakat yang suka membuang masa dan bersikap negatif . Zainal dianggap
mementingkan diri. Perbincangan bertambah sengit apabila Zainal tidak mahu menerima
pendapat orang lain. 1 07:57

Babak 2

Perbualan berlangsung antara Yahya dan Mariah tentang sikap masyarakat yang suka bertekak
dan  berbual kosong. Mariah  mengatakan masyarakat kita  miskin namun bercita-cita tinggi.
Yahya mencadangkan agar masyarakat mencari jalan untuk mengumpul wang dan kemudiannya berniaga agar boleh menubuhkan yayasan. Hal ini dapat membantu anak-anak ke universiti.  Barisan Pembela Rakyat Desa ditubuhkan.Pertubuhan tersebut telah mengadakan  kelas pemimpin dan berusaha menubuhkan Kedai Syarikat Kerjasama.

Babak 3

Hani menyatakan ketidakpuasan hatinya tentang sikap pemuda yang suka melepak.Firdaus
menjelaskan masyarakat sendiri yang bersikap lemah dan beku. Hani mempersoalkan sikap
pemuda yang tidak berubah ke  arah kebaikan. Firdaus pula menegaskan sikap kerjasama
amat penting dalam masyarakat kampung yang kekurangan modal.

Babak 4

Babak ini mengimbas kembali sikap Yang Berhormat Encik Osman yang pandai menabur janji
ketika berkempen bagi meraih undi.

Babak 5

Yahya berpendapat orang Melayu mesti  melibatkan diri dalam bidang perusahaan jika ingin
maju. Pendapatnya disanggah oleh Zainal yang menjadikan penutupan Syarikat Kilang Padi
sebagai bukti   orang Melayu belum layak melibatkan diri dalam bidang tersebut. Firdaus
memaklumkan sebab sebenar penutupan kilang tersebut yang berpunca daripada orang kita
yang gelap mata. Zainal menyindir rakan-rakannya yang bercita-cita besar. Namun Firdaus
menegaskan orang Melayu tidak boleh lagi merendah diri jika tidak mahu ditindas suatu hari
nanti. Dia mengajak masyarakat Melayu menjadi generasi yang progresif dan dinamis. Husin
juga bersetuju dengan pandangan dan ajakan Firdaus bersandarkan contoh kepimpinan Nabi
Muhammad.

Babak 6

Yahya gembira kerana rancangan mereka telah berjaya. Zainal akhirnya menyedari kekuatan
permuafakatan.

PEMIKIRAN

Perubahan sikap dan pemikiran generasi muda dalam mencapai kemajuan. Firdaus dan Yahya
mempunyai gagasan fikiran untuk membela nasib masyarakat kampung. Antara perubahan
yang cuba diketengahkan adalah dengan menubuhkan barisan Pembela Rakyat Desa dengan
harapan dapat membela masyarakat.

PERSOALAN

            i.        Penentangan arus perubahan. Persoalan ini dapat dilihat daripada watak Zainal yang
        sentiasa tidak mahu mengikut arus perkembangan.

ii.        Kepentingan berpegang pada janji. Perkara ini dapat dilihat dalam watak Yang
        Berhormat Encik Osman yang pandai menabur janji semasa berkempen untuk pilihan raya.
iii.        Kepentingan kejujuran dalam memegang amanah. Hal ini dapat dilihat melalui sikap
orang-orang yang menggelapkan keuntungan syarikat sehingga kilang padi terpaksa ditutup.

    iv.        Keperluan perubahan sikap dalam masyarakat. Perkara ini dapat dilihat dalam
watak-watak seperti Yahya dan Firdaus yang mahukan perubahan dalam masyarakatnya.
Contohnya Yahya telah menubuhkan barisan Pembela Rakyat untuk membantu rakyat desa.

PLOT

Secara keseluruhan drama ini disusun mengikut kronologi iaitu mengikut urutan cerita bermula
dengan permulaan dan diakhiri dengan peleraian.

Pembinaan plot
Empat peringkat garapan plot:
      i.        Permulaan
Perbualan antara Yahya, Mariah, Firdaus, Hani, Zainal dan Husin tentang cabaran yang
dihadapi oleh masyarakat sekarang iaitu cabaran dalam kemajuan, ekonomi dan pelajaran.
Kemunduran masyarakat adalah disebabkan sikap masyarakat yang suka membuang masa.

     ii.        Perkembangan
Perbualan antara Yahya dan Mariah  tentang sikap  anak-anak muda  mereka yang berbual
kosong. Yahya  mencadangkan pengumpulan dana agar dapat menubuhkan yayasan untuk membantu anak-anak ke universiti.

    iii.        Barisan Pembela Rakyat  Desa ditubuhkan dan telah mengutip wang bagi tabung
pelajaran agar   dapat membela nasib rakyat desa.
Mereka juga menyediakan kelas pemimpin dan berusaha menubuhkan Kedai Syarikat
Bekerjasama.

Hani menyatakan ketidakpuasan hatinya tentang sikap pemuda yang suka melepak. Mereka
seharusnya sanggup berubah ke arah kebaikan.
Firdaus berpendapat bahawa hidup mestilah percaya kepada diri sendiri untuk maju serta
berfikir dahulu sebelum membuat keputusan.

Yahya menyindir sikap pemimpin yang mudah lupa akan orang bawahan. Yahya teringat
kembali ucapan pemimpin yang berjanji untuk menolong orang bumiputera jika mereka
menyokongnya.

Zainal berpandangan negatif terhadap penglibatan masyarakat Melayu dalam bidang
perniagaan.

    iv.        Klimaks
Firdaus menegaskan masyarakat Melayu tidak boleh berlembut atau merendah diri lagi.
Baginya adat resam yang tidak sesuai harus ditinggalkan sebaliknya  masyarakat harus
mencipta generasi yang dinamis dan progresif.
     v.        Peleraian
Yahya gembira kerana rancangan mereka telah berjaya. Zainal akhirnya menyedari kekuatan
permuafakatan.

TEKNIK PENCERITAAN

      i.        Imbas Kembali
Contoh: Yahya teringat ucapan Yang Berhormat Encik Osman semasa berkempen menjelang
pilihan raya sedikit masa dahulu
.

     ii.        Dialog
Contoh: Firdaus : Salah kita juga Ani. Salah aku. Salah engkau.
  Hani      : Ani tak mengaku salah, Ani.
    iii.        Monolog
Contoh: Yahya bercakap pada diri sendiri sambil menyindir Yang Berhormat mudah lupa akan
jasa yang dilakukan oleh orang-orang bawahan
.


WATAK DAN PERWATAKAN


Watak Utama
Yahya
      i.        Ketua Pemuda Parti dan suami Mariah.
     ii.        Pemuda kampung bersemangat tinggi.
Contoh: Yahya mahu masyarakat Melayu berani mengkritik diri sendiri demi mencapai
kemajuan
.

    iii.        Berpandangan jauh dan berpendirian tegas.
Contoh: Yahya menegaskan Parlimen bertanggungjawab mencari punca-punca kemunduran
masyarakat Melayu
.

    iv.        Gigih berusaha.
Contoh: Yahya dan rakan-rakannya menubuhkan barisan Pembela Rakyat Desa.

Watak Sampingan
Firdaus
      i.        Berfikiran positif.
Contoh:  Firdaus yakin masyarakat Melayu sanggup bertungkus lumus.

     ii.        Pemuda yang tetap pendirian.
Contoh: Firdaus percaya masyarakat Melayu layak menjalankan perusahaan walaupun
disanggah oleh Zainal
.

    iii.        Bijak berhujah.
Contoh: Firdaus mematahkan setiap sindiran Zainal.

Zainal
      i.        Berfikiran negatif.
Contoh: Zainal tidak yakin masyarakat Melayu boleh terlibat dalam bidang perusahaan.

     ii.        Mementingkan diri sendiri.
Contoh: Zainal menganggap setiap individu hanya perlu berusaha untuk diri sendiri.

Osman
      i.        Ahli parlimen.

     ii.        Pandai berkata-kata.
Contoh: Osman dapat mempengaruhi pengundi sewaktu berkempen.

LATAR
Latar Masa
1. Malam
:
Contoh: Beberapa orang pemuda iaitu Yahya, Mariah, Firdaus, Hani. Zainal dan Husin
berbual-bual tentang kemajuan masyarakat mereka di rumah Yahya
.

1. Petang
:
Contoh: Yahya, Zainal, Firdaus dan Husin berbual-bual tentang berita yang tersiar di dada
akhbar tentang kerugian Syarikat Kilang Padi di balai raya

Latar Tempat
1. Rumah
Yahya
Contoh: Beberapa anak muda berbual-bual selepas makan malam mengenai pemikiran
masyarakat yang tidak mahu menerima perubahan

1. Rumah
Firdaus
Contoh: Hani meluahkan rasa kecewa setelah melihat anak-anak muda menghabiskan masa
dengan duduk di tepi jalan
.

1. Balai
raya
Contoh: Berlaku perbincangan hangat mengenai masyarakat kita perlu menerajui ekonomi
kerana perusahaan adalah punca kemajuan sebuah negara
.

Contoh: Perbincangan mengenai masyarakat kita perlu sedar dan bergerak seiring dengan arus
perubahan semasa
.

Latar Masyarakat
      i.        Masyarakat kampung yang tidak mahu berubah.
Contoh: Yahya menyatakan bahawa penduduk kampung  hanya rajin menanam bunga, tetapi
tidak mahu menanam sayur-sayuran
.

     ii.        Masyarakat yang mahukan perubahan.
Contoh: Pemuda kampung seperti Yahya dan Firdaus mempunyai pandangan yang jauh untuk
mengubah kehidupan penduduk desa
.

    iii.        Masyarakat yang mementingkan diri sendiri.
Contoh: Zainal berfikiran sempit dan tidak mahu menerima perubahan.

    iv.        Masyarakat yang berusaha membela nasib bangsa sendiri.
Contoh: Yahya dan penduduk kampung telah menubuhkan barisan Pembela Rakyat Desa dan
menubuhkan Kedai Syarikat Bekerjasama.

     v.        Masyarakat yang suka membazir masa.
Contoh: Ramai pemuda kampung bertenggek di tepi tembok batu dengan membuang masa. 

    vi.        Masyarakat yang mempunyai pengetahuan agama.
Contoh: Husin dan Firdaus mengaitkan agama dengan cara kehidupan masyarakat sekarang
dan mencontohi cara kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W.

GAYA BAHASA

      i.        Peribahasa
Contoh: Hangat-hangat tahi ayam., cakap besar dan tahi tersangkut di gelegar.
     ii.        Kata ganda
Contoh: Tuan-tuan, puan-puan

    iii.        Kata Pinjaman
Contoh: Flasback, transistor

NILAI

      i.        Nilai permuafakatan.
Contoh: Yahya dan rakan-rakan berjaya menubuhkan barisan Pembela Rakyat Desa bagi
membantu masyarakat Melayu kampung mereka


     ii.        Nilai ketegasan.
Contoh: Yahya menegaskan Parlimen bertanggungjawab mencari punca-punca kemunduran
masyarakat Melayu
.

    iii.        Nilai kegiigihan.
Contoh; Yahya dan rakan-rakannya menubuhkan Barisan pembela Rakyat Desa.

PENGAJARAN


      i.        Kita hendaklah menerima perubahan mengikut kesesuaian zaman.
Contoh: Yahya ingin mengubah masyarakat yang tidak maju dalam bidang ekonomi kepada
masyarakat yang pandai berniaga
.

     ii.        Kita mestilah menunaikan janji.
Contoh: Yang Berhormat Encik Osman seorang pemimpin yang berjanji kepada masyarakat
namun beliau hanya pandai berkata-kata
.

    iii.        Kita mestilah menjelaskan hutang apabila kita berhutang dengan seseorang.
Contoh: Masyarakat suka berhutang di kedai runcit tetapi tidak mahu membayarnya.

    iv.        Kita hendaklah memanfaatkan masa lapang.
Contoh: Hani tidak suka melihat remaja kampungnya yang suka melepak.
     v.        Kita hendaklah bijak memilih.
Contoh: Penduduk kampung lebih suka menanam bunga daripada menanam sayur.

    vi.        Kita hendaklah berpandangan jauh.
Contoh:  Firdaus matang dalam memberi pendapat tentang sikap masyarakat.

SOALAN

      i.        Mengapakah Kedai Haji Dollah mengalami kerugian?

     ii.        Mengapakah Zainal dianggap pemuda yang berfikiran sempit?
JAWAPAN

      i.        Kedai Haji Dollah mengalami kerugian kerana masyarakat di kampong tersebut suka
berhutang dan tidak membayar hutang tersebut.

     ii.        Zainal dianggap pemuda yang berfikiran sempit kerana dia  tidak mahu menerima
perubahan dan mementingkan diri.

Wednesday 22 February 2012

MUTIARA BONDA



Sinopsis

Mohd. Harraz (adik) ialah ‘mutiara bonda’. Dia dibelai dengan limpahan kasih sayang, diasuh untuk menjadi seorang  yang berbudi dan beriman. Namun dugaan selalu bertandang, mencabar kesabaran bonda dalam mengasuh anak lelaki tunggalnya. Daripada malas ke sekolah, Mohd. Harraz kemudiannya tidak mahu bersekolah lagi, hanya setakat darjah enam. Namun berkat doa dan tawakal bonda, Mohd. Harraz seperti dilahirkan semula setelah terlibat dalam kemalangan dan bernasib baik kerana tidak ditangkap polis  semasa serbuan polis di sebuah pondok yang menjadi tempat menghisap ganja. Akhirnya, Mohd. Harraz benar-benar menjadi mutiara , bersinar dan menyejukkan hati bonda. Dia telah berjaya melanjutkan pelajaran ke University al-Bayt, Jordan. Akhirnya, impian bonda untuk melihat anaknya menjadi seorang ustaz tercapai, begitu juga dengan wasiat ayahnya.


Tema

Kegigihan dan kesabaran seorang ibu mendidik anaknya hingga berjaya. Buktinya bonda gigih dan sabar dalam mendidik anaknya Mohd. Harraz (adik) sehingga berjaya melanjutkan pelajaran di Jordan.

Persoalan

i.                     Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.

Contoh: Bonda sangat menyayangi Mohd. Harraz walaupun anaknya itu sangat nakal dan degil

ii.                   Kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan.

Contoh: Keempat-empat  orang anak bonda termasuk Mohd. Harraz berjaya melanjutkan
pelajaran ke peringkat lebih tinggi

iii.                  Keciciran pelajar luar bandar.

Contoh:  Mohd. Harraz pernah berhenti sekolah ketika berada di darjah enam.

iv.                 Masalah sosial dalam kalangan remaja.

Contoh: Mohd. Harraz merokok dan rakan-rakannya  yang tidak bersekolah terjebak dalam
penagihan ganja
.

v.                   Tekanan  hidup anak bekas banduan.

Contoh:  Mohd. Harraz menghadapi tekanan kerana bapanya pernah dipenjarakan akibat
dituduh terlibat dalam kes dadah
.

Plot

i.                    Permulaan

Pembaca diperkenalkan dengan watak bonda yang  sangat  gembira menerima surat daripada
anaknya, Mohd. Harazz yang sedang melanjutkan pelajaran di Jordan. Bonda mengimbas kembali saat-saat  ketika membesarkan adik sehingga berjaya. Ketika Mohd. Harraz berusia 10 hingga 12 tahun, dia sangat nakal dan degil.

ii.        Perkembangan
Pada bahagian ini, penulis menggambarkan kenakalan dan kedegilan Mohd. Harraz sehingga 
dia mengambil keputusan berhenti sekolah ketika berada dalam darjah enam. Namun ibunya
tetap sabar melayani kerenahnya itu.

iii.        Puncak
Mohd Harraz terlibat dalam kemalangan jalan raya . Dia diberitahu oleh ibu bahawa pondok di
dusun yang selalu dikunjungi oleh Mohd.  Harraz telah diserbu oleh pihak polis. Mohd. Harraz
bernasib baik kerana dia tidak berada di situ ketika serbuan tersebut dibuat.

iv.        Peleraian
Mohd. Harraz insaf atas kesilapannya  dan menyatakan hasratnya untuk menyambung
pelajarannya semula. Akhirnya, Mohd. Harraz berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti
al-Bayt, Jordan.


Teknik Plot

i.        Pemerian
Contoh: Pengarang memerihalkan keadaan bonda yang gembira apabila mendapat warkah
perkhabaran daripada adik di Jordon
.

ii.        Dialog
Contoh: Perbualan antara bonda dengan adik sewaktu bonda melarang Mohd. Harraz (adik)
keluar berjumpa dengan kawan-kawannya sebelum kemalangan berlaku
.

iii.        Imbas Kembali
Contoh: Bonda mengingati semula kehidupan Mohd. Harraz (adik) ketika kecil terutamanya  ke
tika dia berusia 12 tahun. Mohd. Harraz berhenti sekolah ketika dalam darjah enam dan
kemudian menyambung semula persekolahan setelah terlibat dengan kemalangan jalan raya
.

iv.        Kejutan
Contoh:  Mohd. Harraz terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga menyebabkannya patah
tangan.

v.        Suspens
Contoh: Pembaca tertanya-tanya sama ada Mohd. Harraz akan berubah sikap selepas terlibat
dalam kemalangan jalan raya atau tidak

vi.                Konflik
Contoh: Mohd. Harraz memberitahu bonda bahawa dia mahu berhenti sekolah. Kak Cik tidak bersetuju dan sering tidak berpuas hati dengan sikap ibu yang selalu member muka kepada adiknya itu.


Watak utama

Adik
i.        Nama penuhnya Mohd. Harraz bin Lebai Sidi. 
ii.        Anak lelaki tunggal daripada empat orang adik-beradik.
ii.                  Degil dan keras hati.
Contoh: Adik tetap berdegil untuk keluar berjumpa rakan-rakannya walaupun dilarang oleh
kakak dan ibunya kerana telah lewat malam
.

iv.        Malas bersekolah dan terlibat dalam masalah sosial.
Contoh: Adik berhenti sekolah semasa darjah enam dan mula merokok.

v.        Panas baran.
Contoh: Ketika adik meminta wang RM 5.00 kepada bonda untuk membeli mercun, adik telah
menghempas cawan kaca sehingga serpihannya terkena kaki bonda setelah bonda enggan memberikannya.

vi.        Insaf akan kesalahan yang dilakukan.
Contoh: Adik insaf dengan segala kesalahannya setelah terbabit dengan kemalangan jalan
raya.

vii.        Berpelajaran tinggi.
Contoh: Adik melanjutkan pelajarannya di Universiti al-Bayt, Jordan.

Watak Sampingan

Bonda
i.        Ibu tunggal yang kematian suami.

ii.        Mempunyai empat orang anak, tiga perempuan dan seorang lelaki.

iii.        Gigih membesarkan anak-anak.
Contoh: Bonda gigih membesarkan anak-anaknya setelah kematian suaminya.

iv.        Mempunyai impian dan keyakinan yang tinggi bahawa anak-anaknya akan berjaya
dalam hidup.
Contoh: Bonda percaya bahawa suatu hari nanti anaknya Mohd. Harraz akan berubah dan
peristiwa tersebut betul-betul berlaku
.

v.        Sangat sabar menghadapi kerenah anak lelaki tunggalnya.
Contoh: Bonda tetap bersabar dengan kerenah adik di usia kecilnya. Pernah ibu jari kaki bonda
terkena serpihan kaca cawan yang dihempas oleh adik
.

Kak Cik
i.        Anak ketiga daripada empat orang adik-beradik. 
ii.        Kurang sabar dan agak pemarah dengan kerenah adiknya.
Contoh:  Kak Cik menampar adik ketika mereka bertengkar.

iii.        Anak yang bertanggungjawab.
Contoh: Kak Cik sering menenangkan bonda apabila bonda kesedihan.


Latar

Latar Masa
i.        Waktu pagi
Contoh: Pada waktu pagi, pemandu van akan membunyikan hon apabila adik lambat bersiap
untuk ke taski.

ii.        Waktu senja
Contoh: Bonda berdoa kepada Tuhan (Malikul Qudus) semoga adik berubah sikap.

iii.        Waktu malam
Contoh: Pada pukul 12.30 malam, adik keluar dari rumah dan terlibat dalam kemalangan jalan
raya.

Latar  Tempat

i.        Rumah Bonda
Contoh: Peristiwa adik menghempas cawan kaca lalu serpihannya terkena ibu jari kaki bonda
sehingga terluka.
ii.                   Pondok di dusun

Contoh: Peristiwa polis menyerbu pondok di dusun yang menjadi tempat kawan-kawan adik
berkumpul dan menghisap ganja
.

iii.        Atas katil
Contoh: Adik terlantar lesu di katil dengan kepalanya berbalut tompokan darah dan mukanya
calar-balar akibat daripada kemalangan yang dihadapinya
.

Latar Masyarakat                                                             
                                       
i.        Masyarakat yang gigih mendidik anak.
Contoh: Bonda gigih mendidik adik yang degil, nakal dan terlibat dengan masalah sosial.

ii.        Masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan.
Contoh: Bonda menyekolahkan anak-anaknya sehingga ke peringkat universiti.

iii.        Masyarakat yang mementingkan nilai kasih sayang.
Contoh: Bonda tetap menyayangi adik walaupun adik selalu menyakiti hatinya  terutamanya
apabila adik mahu berhenti sekolah.




Gaya Bahasa

i.        Personifikasi
Contoh:   
 -    tikaman masa lampau yang menajam di ingatan
 -    darah meluncur dari ibu jari kaki bonda
-          mencincanglumatkan jantung bonda
-           
ii.        Hiperbola
Contoh:  
·         melangit tinggi
·         berasap-asap bara meluat
·         kata-kata berapi yang membakar kepala

iii.        Sinkope
Contoh :   
-     “Bonda yang berdosa sebab tak pandai ajar anak”
-     “ Adik nak berhenti sekolah…………”
-     “Hanya orang berilmu dipandang mulia, nak.”


iv.        Pengulangan
Contoh :  
 -    tidak pernah dicubit, tidak pernah ditengking
   buang masa, buang idea, buang dakwat pen, buang kertas dan buang duit setem 
      sahaja.


v.        Simile
Contoh: 
-     perangainya persis syaitan
-     bonda bagai tercampak ke pulau hana

vi.        Peribahasa
Contoh:  
      -    bersengkang mata
      -    mengembalikan manikam ke dalam cembulnya
      -    ibarat gelas, biarpun tidak berkecai namun pasti akan ada retaknya
      -    dayung sudah di tangan, sampan sudah di tengah lautan
      -    musuh dalam selimut
      -    bendera putih                  




Nilai

i.        Nilai kasih sayang.
Contoh: Bonda amat menyayangi anak-anaknya .

ii.        Nilai bertanggungjawab.
Contoh: Bonda bertanggungjawab mendidik dan membesarkan anak-anak setelah kematian
suaminya.

iii.        Nilai kesabaran.
Contoh: Bonda sangat sabar mendidik anak-anaknya  terutama anak lelakinya, Mohd. Harraz
yang bermasalah.

iv.        Nilai kegigihan.
Contoh: Bonda begitu gigih mendidik adik sejak adik kecil sehingga  berjaya walaupun
berhadapan dengan pelbagai dugaan
v.        Nilai keinsafan.
Contoh: Adik insaf atas kesilapannya setelah terlibat dalam kemalangan dan mahu belajar
semula.

vi.        Nilai ketabahan.
Contoh: Bonda tetap  tabah apabila suaminya dituduh mengedar dadah sehingga meninggal
dunia dalam penjara
.

Pengajaran

i.        Kita hendaklah gigih dalam mendidik anak-anak.
Contoh: Bonda gigih mendidik adik yang bermasalah sehingga akhirnya menjadi orang yang
berjaya.
ii.        Kita mestilah bertanggungjawab terhadap anak-anak.
Contoh: Walaupun bonda seorang ibu tunggal namun bonda bertanggungjawab mendidik,
membesar dan memberi kasih sayang terhadap anak-anaknya
.

iii.        Kita mestilah berusaha untuk mengatasi masalah keciciran pelajar  luar bandar.
Contoh: Adik berhenti sekolah ketika  darjah enam.

iv.        Kita hendaklah mementingkan kasih sayang dalam keluarga.
Contoh: Kak Cik mendakap bonda erat-erat semasa bonda menangis selepas melihat
tindakannya menampar adik
.

v.        Kita haruslah sabar dalam menghadapi segala kerenah ahli keluarga.
Contoh: Bonda sangat sabar mendidik anak-anaknya  terutama anak lelakinya, Mohd. Harraz
yang bermasalah.
vi.        Kita haruslah tabah menghadapi dugaan.
Contoh: Bonda tetap  tabah apabila suaminya dituduh mengedar dadah sehingga meninggal
dunia dalam penjara
.   



Soalan

i.        Jelaskan tiga perwatakan adik.
ii.        Berikan tiga pengajaran yang terdapat dalam cerpen ini.

Jawapan

i.        Tiga perwatakan adik ialah degil dan keras hati. Contohnya,  adik tetap berdegil untuk keluar berjumpa rakan-rakannya walaupun dilarang oleh kakak dan ibunya kerana telah lewat malam. Seorang yang malas bersekolah dan terlibat dalam masalah sosial.

Contohnya, adik berhenti sekolah semasa dalam darjah enam dan mula merokok. Seorang yang panas baran. Contohnya, ketika adik meminta wang RM 5.00 kepada bonda untuk membeli mercun, adik telah menghempas cawan kaca sehingga serpihannya terkena kaki bonda setelah bonda enggan memberikannya.

ii.        Tiga pengajaran cerpen ini ialah kita hendaklah gigih dalam mendidik anak-anak.
Contohnya, bonda gigih mendidik adik yang bermasalah sehingga akhirnya menjadi orang yang berjaya. Pengajaran kedua kita mestilah bertanggungjawab terhadap anak-anak. Contohnya, walaupun bonda seorang ibu tunggal namun bonda bertanggungjawab mendidik, membesar dan memberi kasih sayang terhadap anak-anaknya. Ketiga kita mestilah berusaha untuk mengatasi masalah keciciran pelajar  luar bandar. Contohnya, adik berhenti sekolah ketika  darjah enam.

 
Powered by Blogger