DRAMA SEBUAH PERJUANGAN

Drama Sebuah Perjuangan TINGKATAN 3
Sebuah Perjuangan
(Ab Manaf Kamarudin)
Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM)

SINOPSIS

Babak 1
Pangeran Syahbandar menyampaikan ucapan kepada penduduk di kawasan Sungai Padas
agar menentang kompeni Inggeris kerana kawasan itu di bawah pemerintahan adik Tunku
Sultan Hashim Jalilul Alam.

Babak 2
Jahul melaporkan kepada Pegawai Inggeris bahawa Pangeran Syahbandar mendakwa beliau
berkuasa di Sungai Padas. Hal ini membangkitkan kemarahan Pegawai Inggeris kerana  Sunga
i Padas telah pun dipajak oleh Tuanku Sultan Brunei kepada mereka. Pegawai Inggeris
memberi hadiah kepada Jahul sebagai penghargaan atas maklumat yang diberikan.

Babak 3
Pangeran Syahbandar dan Awang mengesyaki ada tali barut yang menfitnah Pangeran
Syahbandar kepada penduduk kampung. Mereka bertekad untuk bertindak terhadap penduduk
kampung yang belot.

Babak 4
Satu pertempuran berlaku antara pengikut Pangeran Syahbandar dengan kumpulan pembelot.

Babak 5
Jahul memberitahu Pegawai Inggeris bahawa Pangeran Syahbandar  telah menyerang dan
menawan penduduk yang menyokong kompeni Inggeris. Pengawai Inggeris akan membuat
bantahan kepada Sultan Brunei agar menghentikan kegiatan Pangeran Syahbandar yang
menentang kompeni Inggeris.

Babak 6
Tunku Sultan mengarahkan Pangeran Syahbandar membebaskan tawanan dan menghentikan
penentangan. Pangeran Syahbandar kesal kerana Sultan termakan hasutan Inggeris. Beliau
bertegas tetap meneruskan perjuangan.


Babak 7

Berlaku pertempuran antara Pangeran Syahbandar dengan polis-polis kompeni Inggeris.
Mereka berjaya menyerang, membunuh dan merampas senjata api orang Inggeris.

Babak 8
Di pejabat, Pegawai Inggeris marah kerana tindakan Pangeran Syahbandar menyebabkan
pihaknya kerugian. Kedegilan Pangeran Syahbandar akan dibalas kerana pihak Inggeris telah
mendapat kebenaran daripada Tuan Residen untuk menyerang balas kota Manggalela iaitu
kubu kuat Pangeran Syahbandar.

Babak 9
Berlaku pertempuran antara Pangeran Syahbandar dengan polis kompeni. Pangeran
Syahbandar mahu semua pengikutnya berwaspada walaupun pihak kompeni telah berundur.

Babak 10
Pegawai Inggeris mengetahui tentang kebijaksanaan Pangeran Syahbandar membina kubu
untuk menahan serangan kompeni Inggeris tetapi pihaknya tidak akan berputus asa dan akan
menyerang sekali lagi kubu tersebut. Kompeni  Inggeris juga mendapatkan bantuan polis Sikh
dari Perak yang mempunyai senjata api yang lebih lengkap.

Babak 11
Keadaan kelam kabut berlaku kerana tembakan meriam daripada polis kompeni yang
menyerang kubu Pangeran Syahbandar sekali lagi. Awang berasa cemas kerana bilangan polis
kompeni yang ramai dan dibantu oleh polis Sikh manakala pihaknya hanya mempunyai senjata
lembing dan keris. Pangeran Syahbandar memberi kata-kata semangat agar berjuang
habis-habisan.

Babak 12
Pertempuran berlarutan, Awang memberitahu Pangeran Syahbandar bahawa mereka tidak
boleh bertahan kerana ramai pengikut telah terkorban. Pangeran Syahbandar menyatakan
mereka tidak akan mengaku kalah. Awang menyarankan supaya mereka menyahut seruan
Gabenor untuk berunding dan menghentikan peperangan. Akhirnya Pangeran Syahbandar

bersetuju tetapi pengunduran mereka bukan bererti mereka tewas. Pangeran Syahbandar  dan
pengikut-pengikutnya keluar dari kubu dan menyerah diri kepada kompeni Inggeris.

PEMIKIRAN

Drama ini mengetengahkan pemikiran  perjuangan anak watan menentang penjajahan.
Drama ini menyorot kisah perjuangan Pangeran Syahbandar menentang kompeni Inggeris di Sungai
Padas. Pangeran Syahbandar bertegas bahawa kawasan Sungai Padas merupakan hak milik
Sultan Hashim Jalilul Alam yang mesti dipertahankan oleh penduduk watan. Pangeran Syahbandar sanggup menentang serangan kompeni Inggeris walaupun mereka bertempur dalam keadaan serba kekurangan.

PERSOALAN

      i.        Kepentingan mempertahankan hak kebebasan memerintah  di negara sendiri.
Contoh: Pangeran Syahbandar bertegas agar kawasan Sungai Padas diuruskan oleh anak
watan.

     ii.        Pengkhianatan terhadap bangsa sendiri.
Contoh: Jahul sanggup menjadi tali barut Pegawai Inggeris.

    iii.        Kepentingan bekerjasama dalam mempertahankan tanah air.
Contoh: Pangeran Syahbandar  dan orang kampung menentang Kompeni Inggeris  walaupun tidak mempunyai senjata yang lengkap
.

    iv.        Kebijaksanaan dalam menghadapi musuh.
Contoh: Pangeran Syahbandar dan pengikutnya telah membuat persediaan awal menentang kompeni Inggeris dengan membina kubu yang kuat
.


PLOT

Secara keseluruhan drama ini disusun mengikut kronologi iaitu mengikut urutan cerita bermula
dengan Pangeran Syahbandar menyampaikan ucapan kepada penduduk di kawasan Sungai
Padas dan diakhiri dengan Pangeran Syahbandar bersetuju menyerah kalah apabila melihat
anak buahnya terkorban.

Pembinaan plot

Empat peringkat garapan plot:

i.           Permulaan
Pangeran Syahbandar menyampaikan ucapan kepada penduduk di kawasan Sungai Padas.
Beliau menyeru penduduk kampung menentang kompeni Inggeris
kerana daerah ini ialah kawasan mereka.

ii.                    Perkembangan

Di pejabat Pegawai Inggeris, Jahul melaporkan berita tentang Pangeran Syahbandar yang
memberitahu beliau berkuasa di Sungai Padas kerana itu tidak termasuk dalam kawasan
pajakan Inggeris.

Pertempuran berlaku antara pengikut Pangeran Syahbandar dengan kumpulan  pembelot.
Pangeran Syahbandar telah mengarahkan pengikut-pengikutnya memburu dan menangkap
pembelot-pembelot.

Pegawai Inggeris membuat bantahan kepada Sultan Brunei supaya menghentikan tindakan
Pangeran Syahbandar menentang kompeni.

Tuanku Sultan mengarahkan Pangeran Syahbandar membebaskan tawanan dan
menghentikan penentangan terhadap kompeni tetapi tidak diendahkan.

Pertempuran dan tembak-menembak antara Pangeran Syahbandar dan polis-polis kompeni.
Pangeran Syahbandar mengarahkan pengikut-pengikutnya supaya menyerang, membunuh dan
merampas senjata api orang Inggeris. Ramai polis kompeni dibunuh  dan senjata api dirampas.

Tindakan Pangeran Syahbandar menyebabkan pegawai Inggeris mendapatkan kebenaran
daripada Tuan Residen untuk menyerang balas Kota Manggalela iaitu kubu kuat Pangeran
Syahbandar.

iii.         Klimaks
Keadaan kelam kabut berlaku apabila serangan sekali lagi dilakukan oleh kompeni Inggeris
dengan bantuan polis Sikh. Bilangan polis kompeni lebih ramai jika dibandingkan dengan
pengikut-pengikut Pangeran Syahbandar.  Awang berasa cemas  tetapi Pangeran Syahbandar
memberi kata semangat supaya berjuang habis-habisan.

iv.        Peleraian
Awang menyatakan bahawa mereka tidak dapat bertahan lagi kerana ramai orang mereka yang
terkorban. Awang menyarankan supaya mereka menyahut seruan gabenor supaya berunding
dan menghentikan peperangan. Pangeran Syahbandar bersetuju tetapi mereka bukan
menyerah kalah. Semangat mereka tetap kekal untuk menentang penjajah. Pangeran
Syahbandar dan pengikut-pengikutnya keluar daripada kubu dan menyerah diri.


TEKNIK PENCERITAAN

1. Teknik
Pemerian
Contoh: Pengarang mengarapkan teknik pemerian dalam babak pertempuran antara pengikut
Pangeran Syahbandar dengan polis Kompeni
.

1. Teknik
dialog
Contoh: Jahul:   (sedikit gugup) Betul tuan. Saya tidak salah dengar,tuan.

1. Teknik
kejutan
Contoh: Kota Manggalela diserang secara tiba-tiba oleh pihak Inggeris dengan bantuan
anggota polis Sikh dari Perak selepas Pangeran Syahbandar menyangka mereka telah
berundur.


WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama
Pangeran Syahbandar

      i.        Tokoh pejuang di Sungai Padas.

     ii.        Pemimpin yang berani.
Contoh: Pangeran Syahbandar tidak gentar menentang kumpulan kompeni Inggeris yang ramai
.

    iii.        Pemimpin yang tegas.
Contoh: Pangeran Syahbandar bertegas meneruskan perjuangan menentang Inggeris
walaupun Tuanku Sultan mahu mereka menghentikan penentangan terhadap Kompeni
Inggeris.
    iv.        Pemimpin yang rasional.
Contoh: Pangeran Syahbandar sanggup berunding dan berdamai dengan Kompeni Inggeris
setelah pengikut-pengikutnya semakin ramai terkorban.

     v.        Pemimpin yang berkaliber.
Contoh: Pangeran Syahbandar telah berjaya mengarahkan pengikut-pengikutnya menangkap
pembelot
.

    vi.        Pemimpin yang bijak.
Contoh: Pangeran Syahbandar telah membuat persediaan yang rapi dengan membina kubu
sebagai pertahanan menentang musuh.

Watak Sampingan011 08:12
Awang

      i.        Pembantu kepada Pangeran Syahbandar.
Contoh: Awang sentiasa membantu Pangeran Syahbandar semasa menentang Kompeni
Inggeris
.

     ii.        Pemuda yang cinta akan tanah air.
Contoh: Awang bersama-sama Pangeran Syahbandar menentang kompeni Inggeris yang ingin
menguasai kawasan Sungai Padas
.

    iii.        Berfikiran jauh.
Contoh: Awang mencadangkan Pangeran Syahbandar supaya berunding dan menghentikan
peperangan
Jahul
      i.        Tali barut Inggeris.
Contoh: Jahul sentiasa melaporkan kegiatan Pangeran Syahbandar dan pengikut-pengikutnya
kepada Pegawai Inggeris
.

     ii.        Pemuda yang mudah termakan pujukan.
Contoh: Jahul bersetuju memberikan maklumat  apabila  Pegawai Inggeris memberi hadiah.

Pegawai Inggeris

      i.        Wakil kompeni Inggeris di Sungai Padas.
     ii.        Bijak mengatur strategi.
Contoh: Pegawai Inggeris pandai memujuk Jahul untuk mendapatkan maklumat dengan
memberikan ganjaran kepada Jahul
.


LATAR

Latar Masa
      i.        Berlaku hampir 4 bulan
Contoh: Awang menyatakan pertempuran antara pengikut Pangeran Syahbandar dengan
Kompeni Inggeris sudah berlarutan hampir 4 bulan
     ii.        Waktu malam.
Contoh: Pertempuran berlaku antara pihak Kompeni Inggeris dengan pengikut Pengeran
Syahbandar di Kota Manggalela
.

    iii.        Waktu pagi.
Contoh: Jahul melaporkan berita Pangeran Syahbandar mendakwa dia berkuasa di kawasan
Sungai Padas kepada Pegawai Inggeris
.

Latar Tempat
      i.        Di kawasan Sungai Padas.
Contoh: Pangeran Syahbandar memberi ucapan kepada penduduk kampung bahawa Kompeni
Inggeris tidak berhak melarang mereka mencari nafkah di bumi mereka sendiri.

     ii.        Pejabat Pegawai Inggeris.
Contoh: Perbualan antara Jahul dan Pegawai Inggeris tentang perkara yang berlaku di
kawasan Sungai Padas
.

    iii.        Kubu Kota Manggalela.
Contoh: Kompeni Inggeris membedil kota Manggalela sebagai serangan balas.

Latar Masyarakat

      i.        Masyarakat  kampung yang mudah dipengaruhi.
Contoh: Terdapat penduduk kampung Kawasan Sungai Padas menyokong kompeni Inggeris
dan menjadi pembelot
.

     ii.        Masyarakat  yang mengkhianati bangsanya sendiri.
Contoh: Jahul memberi maklumat mengenai Pangeran Syahbandar kepada Kompeni Inggeris.

    iii.        Masyarakat penjajah.
Contoh: Kompeni Inggeris bertegas mahu menguasai  kawasan Sungai Padas.

    iv.        Masyarakat pemimpin yang bertimbang rasa.
Contoh: Pangeran Syahbandar hanya akan mengutip cukai sekadar yang termampu oleh
penduduk
.

GAYA BAHASA

      i.        Kata pinjaman(bahasa Inggeris)
Contoh: what, special for you, coming
     ii.        Peribahasa
Contoh: Biar berputih tulang, jangan berputih mata, alang-alang mandi biar basah, kepala batu,
biar kita mati berkalang tanah

    iii.        Kata ganda
Contoh: tercunggap-cungap, saudara-saudara dan polis-polis

    iv.        Sinkof/sinkope
Contoh: tu, tak kan, tapi
NILAI
i.           Nilai semangat cinta akan tanah air
Contoh: Pangeran Syahbandar sanggup bergadai nyawa untuk mempertahankan kawasan
Sungai Padas
.

ii.          Nilai kesetiaan
Contoh: Awang menyokong tindakan Pangeran Syahbandar demi mempertahankan tanah air
daripada kekuasaan Kompeni Inggeris
.

iii.         Nilai bersatu padu
Contoh: Pangeran Syahbandar, Awang, dan pengikut-pengikutnya bersatu padu dalam
menentang Kompeni Inggeris sehingga ramai yang terkorban
.

iv.        Nilai keberanian
Contoh: Pangeran Syahbandar dan Awang sanggup mati demi menegakkan hak mereka.
Mereka juga berani menyerang pihak Kompeni Inggeris walaupun tidak mempunyai
kelengkapan senjata yang sesuai.
v.         Nilai rasional
Contoh: Pangeran Syahbandar menerima pendapat Awang untuk berdamai dengan pihak
Kompeni Inggeris agar tidak ramai yang menjadi korban.

PENGAJARAN

      i.        Kita haruslah mempertahankan tanah air daripada sebarang bentuk penjajahan.
Contoh:  Pangeran Syahbandar berjuang habis-habisan untuk mempertahankan kawasan
Sungai Padas
.

     ii.        Kita hendaklah bersatu padu menentang penjajah.
Contoh: Pengikut-pengikut kampung bersama-sama Pangeran Syahbandar dan Awang bersatu
padu menentang Kompeni Inggeris
    iii.        Kita hendaklah berani menentang penjajah.
Contoh:  Pangeran Syahbandar dan pengikut-pengikutnya berani menentang Kompeni
Inggeris.

    iv.        Kita mestilah setia kepada ketua.
Contoh: Pangeran Syahbandar sentiasa disokong oleh Awang dalam mempertahankan tanah
air.

SOALAN

              i.        Apakah laporan yang disampaikan oleh Jahul kepada Pegawai Inggeris?
             ii.        Mengapakah pangeran Syahbandar ingin menyerah diri?


JAWAPAN

      i.        Laporan yang disampaikan oleh Jahul kepada Pegawai Inggeris ialah Pangeran
Syahbandar berkuasa di kawasan Sungai Padas dan Pangeran Syahbandar dan pengikut telah
menyerang dan menawan penduduk yang   menyokong Inggeris. 
     ii.        Pangeran Syahbandar ingin menyerah diri untuk mengelakkan lebih banyak nyawa
terkorban.

5 comments:

  1. Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Benda ni banyak membantu....thanks

    ReplyDelete
  3. Benda ni banyak membantu....thanks

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian
    Ini telah banyak membantu saya dan rakan saya
    :)

    ReplyDelete

 
Powered by Blogger