HARGA SEBUAH LUKISAN



Harga Sebuah Lukisan
(Baharudin A. Manan)
Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum

Sinopsis

Kamal Hijaz  akan berpindah ke Terengganu kerana mengikut bapanya. Dia seorang pelajar
yang berbakat dalam lukisan. Dua minggu sebelum berpindah, dia menyertai pertandingan
melukis. Pada pagi hari   pertandingan,  Kamal Hijaz didatangi kawannya, Maryati dan Norlela. Mereka bersarapan bersama-sama di taman mini sekolah. Maryati mengkhianati  Kamal Hijaz dengan menukar kertas lukisannya.Walau bagaimanapun, Kamal Hijaz berjaya juga memenangi hadiah pertama dalam pertandingan itu. Akhirnya, Maryati mengaku bahawa dialah yang berbuat khianat terhadap Kamal Hijaz. Dia meminta maaf, dan Kamal Hijaz menghadiahi Maryati sebuah lukisan.


Tema

Keluhuran hati dalam persahabatan. Keluhuran hati Kamal Hijaz terserlah apabila dia bersikap
tenang dan memaafkan Maryati yang telah mengkhianatinya.  Pada hari pertandingan, Maryati
telah menukar kertas lukisan Kamal Hijaz ketika dia ke kantin untuk membersihkan bekas
makanan.

Persoalan

i.              Kesungguhan untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik.
      Contoh : Kamal Hijaz  membelek-belek buku kumpulan lukisan untuk mencari idea
                yang akan dijadikan model  dalam pertandingan melukis.

ii.             Keharmonian dalam kehidupan bersahabat.
    Contoh :  Kamal Hijaz duduk bersandar di bangku simen terazo di taman mini sekolah.      Dia didatangi oleh Maryati dan Norlela. Mereka bertegur sapa dan dengan berbual mesra.

iii.            Baik hati dalam kalangan murid sekolah.
Contoh : Maryati mengeluarkan bekas makanan dan mengajak Kamal Hijaz makan
bersama-sama mereka.

iv.            Kekuatan semangat menghadapi cabaran hidup.
Contoh : Meskipun menghadapi kesukaran melukis akibat  kertas lukisannya yang disabotaj, Kamal Hijaz masih mampu bertenang dan meneruskan lukisannya dengan yakin dan berjaya
.

v.             Keinsafan akibat kesilapan yang dilakukan.
Contoh : Maryati berasa bersalah dan menginsafi kesalahannya mengkhianati   Kamal Hijaz dan seterusnya dia meminta maaf.

vi.            Kemuliaan hati dalam memaafkan seseorang.
Contoh : Kamal Hijaz memaafkan kesalahan Maryati yang mengkhianatinya dan
menghadiahkan sebuah lukisan
.

Plot

i.                            Permulaan

Kamal Hijaz membelek-belek buku kumpulan lukisan untuk mencari ilham yang akan dilukiskan
dalam pertandingan melukis yang akan disertainya. Pembaca diperkenalkan dengan watak
Kamal Hijaz sebagai pelajar yang hebat dalam lukisan di sekolahnya.

ii.                          Perkembangan

Kamal Hijaz duduk bersandar di bangku simen terazo di taman mini sekolah. Dia didatangi oleh
Maryati dan Norlela. Mereka bertegur sapa dan usik-mengusik tentang isu yang berkisar
dengan pertandingan melukis yang akan disertai oleh mereka sebentar lagi.  Sejurus
kemudian, Maryati mengeluarkan bekas makanan dan mengajak Kamal Hijaz makan
bersama-sama mereka. Pada mulanya, Kamal Hijaz agak keberatan dan malu untuk menerima
pelawaan Maryati, tetapi atas permintaan mereka untuk kali yang terakhir, Kamal Hijaz
mengalah. Setelah selesai makan, Kamal Hijaz dan Norlela pergi ke kantin untuk mencuci
pinggan dan gelas.

iii.                         Puncak

Pertandingan melukis bermula, Kamal Hijaz keresahan kerana kertas lukisannya  telah
disabotaj sehingga sukar untuk diwarna. Dia terpaksa menukar kertas lukisan. Sekali -gus dia
mengubah fikiran, lalu melukis gambaran Hang Tuah bertikam dengan Hang Jebat. Tatkala itu,
fikirannya berkonflik, berfikir tentang kisah sejarah Hang Tuah dan

Hang Jebat. Pada perhimpunan mingguan di sekolah, dia diumumkan sebagai pemenang
Pertandingan Melukis Peringkat Daerah, manakala Maryati sebagai pemenang kedua.

iv.            Peleraian
Pada hari terakhir persekolahan, Kamal Hijaz diberi peluang memberikan ucapan perpisahan.
Ucapannya amat menyentuh hati Maryati, dan Maryati berasa bersalah dan kesal. Maryati
menemui Kamal Hijaz untuk meminta maaf. Kamal Hijaz memaafkan Maryati dan
menghadiahkan sebuah lukisan.


Teknik Plot

i.              Pemerian
Contoh: Penulis memerihalkan peristiwa ketika Kamal Hijaz yang dicemburui oleh
kawan-kawannya  kerana kebolehannya  melukis.

ii.             Monolog Dalaman
Contoh: Penulis menggambarkan  Kamal Hijaz bermonolog dalaman semasa melukis
gambaran pahlawan sedang bertikam di pertandingan melukis peringkat daerah

iii.            Dialog
Contoh: Teknik ini digunakan semasa Maryati meminta maaf kerana telah mengkianati Kamal Hijaz semasa pertandingan melukis
.


Watak dan Perwatakan

Watak Utama

Kamal Hijaz

i.     Pelajar  Tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa.

ii.     Berbakat dan berminat dalam lukisan dan  sentiasa mendapat markah A dalam  
       Mata Pelajaran Lukisan.

iii.    Pelajar yang berusaha dengan gigih. Dia tekun mencari ilham sebagai persediaan 
        menyertai pertandingan melukis.

iv.    Berjiwa mulia  kerana menyumbangkan hadiah yang diperoleh kepada PIBG bagi 
       membantu rakan-rakan yang kurang bernasib baik.

v.   Tabah dan tenang ketika menghadapi masalah. Dia tetap bersabar dan  meneruskan
      lukisannya yang kedua sehingga berjaya.

vi.       Bersikap terbuka dan pemaaf. Dia memaafkan Maryati yang telah mengkhianatinya.

Watak Sampingan

Maryati

i.     Rakan  kepada Kamal Hijaz.

ii.     Seorang yang peramah dan mudah mesra. Hal ini terserlah sewaktu dia dan Norela 
        bertemu dengan Kamal Hijaz sebelum pertandingan melukis.

iii.     Berjiwa kecil. Dia sanggup menggunakan taktik kotor untuk mengalahkan  Kamal
         Hijaz  dalam pertandingan melukis.

iv.     Mudah insaf dan menyesali kesilapannya. Dia berasa bersalah dan meminta maaf
         kepada Kamal Hijaz atas kesalahannya menukar kertas lukisan.

Latar

Latar Masa


i.                            Hari Isnin. Hari Perhimpunan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa.
Contoh: Pengetua menyampaikan amanatnya dan mengumumkan keputusan
pertandingan yang diadakan.

ii.             Hari Sabtu. Hari cuti persekolahan.
   Contoh : Pada hari pertandingan melukis di Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa.

iii.            Dua minggu.
   Contoh : Tempoh antara hari pertandingan melukis dengan pengumuman keputusan
      pertandingan diumumkan
.

iv.            Tiga hari
    Contoh : Tempoh Kamal Hijaz berlatih melukis gambar pemandangan di sawah padi dan
                gambaran dua pahlawan sedang bertikam
.

Latar Tempat
i.              Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa. Tempat pertandingan melukis dijalankan.
Contoh : Di Sekolah Menengah Kebangsaan itulah akan dilangsungkan pertandingan  melukis itu.

ii.            Taman mini  sekolah. Tempat Kamal Hijaz menunggu sebelum pertadingan
dimulakan.
Contoh : Kamal Hijaz duduk bersandar pada bangku simen terazo yang terletak berhampiran
taman  mini sekolah.

iii.           Kantin sekolah. Latar tempat yang digunakan watak untuk membersihkan bekas    
              makanan.
Contoh :“Kalau sudah begitu kata kamu, terpulanglah. Tapi, Norlela tentu boleh
membantu kamu mencuci pinggan dan gelas di kantin,”

Latar Masyarakat

i.            Golongan pendidik. Golongan yang berilmu dan bertanggungjawab mendidik
anak-anak tempatan.
Contoh : Cikgu Salina yang memaklumkan kepada pelajar tentang pertandingan melukis
peringkat daerah.

ii.             Golongan pelajar. Sekumpulan anak-anak yang menuntut ilmu secara formal di
                sekolah.
Contoh : Kamal Hijaz, Maryati dan Norlela merupakan contoh murid yang bersekolah di
Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa
.

iii.            Golongan yang gigih berusaha.. Terdapat individu yang berusaha dengan
                bersungguh-sungguh untuk berjaya.
Contoh : Tiga hari Kamal Hijaz berlatih melukis gambar pemandangan di sawah padi dan
gambaran pahlawan sedang bertikam
.

iv.            Golongan yang sanggup mengkhianati orang lain. Terdapat individu yang sanggup
mengkhianati kawan demi kepentingan sendiri, tidak terkecuali pelajar.
Contoh : Maryati sanggup menukar kertas lukisan Kamal Hijaz sebelum pertandingan
bermula.

Nilai

i.              Nilai persahabatan.
Contoh : Meskipun Maryati pernah mengkhianati Kamal Hijaz, mereka tetap bersahabat
dan akan terus bertukat-tukar kertas soalan setelah mereka berpisah nanti.

ii.             Nilai ketabahan.
Contoh : Ketabahan Kamal Hijaz sewaktu menghadapi masalah dengan  kertas lukisannya.
Dia tetap tabah dan gigih meneruskan lukisan keduanya
.



iii.            Nilai kesabaran.
Contoh : Kesabaran Kamal Hijaz menerima pengakuan Maryati yang menukar kertas
lukisannya sebelum pertandingan melukis
.

iv.            Nilai kegigihan.
Contoh : Kamal Hijaz membelek helaian buku lukisan, dan berlatih tiga hari melukis
pemandangan di sawah padi dan pahlawan sedang bertikam
Pengajaran

i.              Kita hendaklah bersungguh-sungguh untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik.
Contoh : Kamal Hijaz membelek-belek buku kumpulan lukisan untuk mencari idea
yang akan dilukiskan   dalam pertandingan melukis.

ii.             Kita hendaklah  berbudi bahasa.
Contoh : Maryati mengeluarkan bekas makanan dan mengajak  Kamal Hijaz
makan bersama-sama mereka.

iii.            Kita hendaklah bersemangat tinggi.
Contoh : Meskipun menghadapi kesukaran melukis akibat daripada kertas lukisannya yang
dikhianati,  Kamal Hijaz masih mampu bertenang dan      meneruskan   lukisannya   dengan yakin dan berjaya.

iv.            Kita hendaklah menginsafi dan mengakui kesilapaan sendiri.
Contoh :  Maryati berasa bersalah   dan insaf akan kesalahannya mengkhianati Kamal Hijaz
dan seterusnya dia meminta   maaf.

v.             Kita hendaklah berhati mulia.
Contoh : Kamal Hijaz memaafkan kesalahan Maryati yang telah     mengkhianatinya dan menghadiahkan sebuah lukisan.


Gaya Bahasa

i.              Peribahasa
Contoh : Membulatkan hatinya

ii.             Hiperbola
Contoh : Menusuk rongga hidung

iii.            Pengaruh bahasa asing
     Contoh : Penggunaan bahasa Inggeris - water colour

iv.            Simile
Contoh : macam nenek kebayan

v.             Kata ganda
Contoh : Kamal Hijaz merenung muka Maryati dan Norlela bergilir-gilir.

Soalan

i.        Mengapakah pelajar lain mencemburui Kamal Hijaz?

ii.        Apakah yang dilakukan oleh Maryati sewaktu Kamal Hijaz dan Norlela pergi ke kantin
untuk mencuci pinggan dan gelas?




Jawapan

i.        Pelajar-pelajar lain mencemburui Kamal Hijaz  kerana dia mempunyai bakat yang besar
dan sentiasa mendapat markah A dalam Mata Pelajaran Lukisan.

ii.        Sewaktu Kamal Hijaz dan Norlela pergi ke kantin untuk mencuci pinggan dan gelas,
Maryati menukar kertas lukisan Kamal Hijaz dengan kertas lukisannya yang telah disapu
dengan lilin.

7 comments:

 
Powered by Blogger