Sinopsis
Mohd. Harraz (adik) ialah ‘mutiara bonda’. Dia dibelai dengan
limpahan kasih sayang, diasuh untuk menjadi seorang yang berbudi dan
beriman. Namun dugaan selalu bertandang, mencabar kesabaran bonda dalam
mengasuh anak lelaki tunggalnya. Daripada malas ke sekolah, Mohd. Harraz
kemudiannya tidak mahu bersekolah lagi, hanya setakat darjah enam. Namun berkat
doa dan tawakal bonda, Mohd. Harraz seperti dilahirkan semula setelah terlibat dalam
kemalangan dan bernasib baik kerana tidak ditangkap polis semasa serbuan polis di sebuah pondok yang
menjadi tempat menghisap ganja. Akhirnya, Mohd. Harraz benar-benar menjadi
mutiara , bersinar dan menyejukkan hati bonda. Dia telah berjaya melanjutkan
pelajaran ke University al-Bayt, Jordan . Akhirnya, impian bonda
untuk melihat anaknya menjadi seorang ustaz tercapai,
begitu juga dengan wasiat ayahnya.
Tema
Kegigihan
dan kesabaran seorang ibu mendidik anaknya hingga berjaya. Buktinya bonda gigih
dan sabar dalam mendidik anaknya Mohd. Harraz (adik) sehingga berjaya melanjutkan
pelajaran di Jordan.
Persoalan
i.
Kasih sayang seorang ibu terhadap
anaknya.
Contoh: Bonda sangat menyayangi Mohd. Harraz walaupun anaknya itu sangat
nakal dan degil
ii.
Kepentingan ilmu pengetahuan dalam
kehidupan.
Contoh: Keempat-empat orang anak bonda termasuk Mohd. Harraz berjaya
melanjutkan
pelajaran ke peringkat lebih tinggi
iii.
Keciciran pelajar luar bandar.
Contoh:
Mohd. Harraz pernah berhenti sekolah ketika berada
di darjah enam.
iv.
Masalah sosial dalam kalangan
remaja.
Contoh: Mohd. Harraz merokok dan rakan-rakannya yang tidak
bersekolah terjebak dalam
penagihan ganja
.
v.
Tekanan hidup anak bekas
banduan.
Contoh:
Mohd. Harraz menghadapi tekanan kerana bapanya
pernah dipenjarakan akibat
dituduh terlibat dalam kes dadah
.
Plot
i.
Permulaan
Pembaca
diperkenalkan dengan watak bonda yang sangat gembira menerima surat daripada
anaknya,
Mohd. Harazz yang sedang melanjutkan pelajaran di Jordan. Bonda mengimbas
kembali saat-saat ketika membesarkan
adik sehingga berjaya. Ketika Mohd. Harraz berusia 10 hingga 12 tahun, dia
sangat nakal dan degil.
ii.
Perkembangan
Pada
bahagian ini, penulis menggambarkan kenakalan dan kedegilan Mohd. Harraz
sehingga
dia
mengambil keputusan berhenti sekolah ketika berada dalam darjah enam. Namun
ibunya
tetap
sabar melayani kerenahnya itu.
iii.
Puncak
Mohd
Harraz terlibat dalam kemalangan jalan raya . Dia diberitahu oleh ibu bahawa
pondok di
dusun
yang selalu dikunjungi oleh Mohd. Harraz telah diserbu oleh pihak polis.
Mohd. Harraz
bernasib
baik kerana dia tidak berada di situ ketika serbuan tersebut dibuat.
iv.
Peleraian
Mohd.
Harraz insaf atas kesilapannya dan menyatakan hasratnya untuk menyambung
pelajarannya
semula. Akhirnya, Mohd. Harraz berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti
al-Bayt,
Jordan .
Teknik Plot
i.
Pemerian
Contoh: Pengarang memerihalkan keadaan bonda yang gembira apabila mendapat
warkah
perkhabaran daripada adik di Jordon
.
ii.
Dialog
Contoh: Perbualan antara bonda dengan adik sewaktu bonda melarang Mohd.
Harraz (adik)
keluar berjumpa dengan kawan-kawannya sebelum kemalangan berlaku
.
iii.
Imbas Kembali
Contoh: Bonda mengingati semula kehidupan Mohd. Harraz (adik) ketika kecil
terutamanya ke
tika dia berusia 12 tahun. Mohd. Harraz berhenti sekolah ketika
dalam darjah enam dan
kemudian menyambung semula persekolahan setelah terlibat dengan
kemalangan jalan raya
.
iv.
Kejutan
Contoh:
Mohd. Harraz terlibat dalam kemalangan jalan raya
sehingga menyebabkannya patah
tangan.
v.
Suspens
Contoh: Pembaca tertanya-tanya sama ada Mohd. Harraz akan berubah sikap
selepas terlibat
dalam kemalangan jalan raya atau tidak
vi.
Konflik
Contoh: Mohd. Harraz memberitahu bonda bahawa dia mahu berhenti sekolah.
Kak Cik tidak bersetuju dan sering tidak berpuas hati dengan sikap ibu yang
selalu member muka kepada adiknya itu.
Watak utama
Adik
i.
Nama penuhnya Mohd. Harraz bin Lebai Sidi.
ii.
Anak lelaki tunggal daripada empat orang adik-beradik.
ii.
Degil dan keras hati.
Contoh: Adik tetap berdegil untuk keluar berjumpa rakan-rakannya walaupun
dilarang oleh
kakak dan ibunya kerana telah lewat malam
.
iv.
Malas bersekolah dan terlibat dalam masalah sosial.
Contoh: Adik berhenti sekolah semasa darjah enam dan mula merokok.
v.
Panas baran.
Contoh: Ketika adik meminta wang RM 5.00 kepada bonda untuk membeli
mercun, adik telah
menghempas cawan kaca sehingga serpihannya terkena kaki bonda
setelah bonda enggan memberikannya.
vi.
Insaf akan kesalahan yang dilakukan.
Contoh: Adik insaf dengan segala kesalahannya setelah terbabit dengan
kemalangan jalan
raya.
vii.
Berpelajaran tinggi.
Contoh: Adik melanjutkan pelajarannya di Universiti al-Bayt, Jordan .
Watak
Sampingan
Bonda
i.
Ibu tunggal yang kematian suami.
ii.
Mempunyai empat orang anak, tiga perempuan dan seorang lelaki.
iii.
Gigih membesarkan anak-anak.
Contoh: Bonda gigih membesarkan anak-anaknya setelah kematian suaminya.
iv.
Mempunyai impian dan keyakinan yang tinggi bahawa anak-anaknya akan berjaya
dalam
hidup.
Contoh: Bonda percaya bahawa suatu hari nanti anaknya Mohd. Harraz akan
berubah dan
peristiwa tersebut betul-betul berlaku
.
v.
Sangat sabar menghadapi kerenah anak lelaki tunggalnya.
Contoh: Bonda tetap bersabar dengan kerenah adik di usia kecilnya. Pernah
ibu jari kaki bonda
terkena serpihan kaca cawan yang dihempas oleh adik
.
Kak
Cik
i.
Anak ketiga daripada empat orang adik-beradik.
ii.
Kurang sabar dan agak pemarah dengan kerenah adiknya.
Contoh:
Kak Cik menampar adik ketika mereka bertengkar.
iii.
Anak yang bertanggungjawab.
Contoh: Kak Cik sering menenangkan bonda apabila bonda kesedihan.
Latar
Latar
Masa
i.
Waktu pagi
Contoh: Pada waktu pagi, pemandu van akan membunyikan hon apabila adik
lambat bersiap
untuk ke taski.
ii.
Waktu senja
Contoh: Bonda berdoa kepada Tuhan (Malikul Qudus) semoga adik berubah
sikap.
iii.
Waktu malam
Contoh: Pada pukul 12.30 malam, adik keluar dari rumah dan terlibat dalam
kemalangan jalan
raya.
Latar
Tempat
i.
Rumah Bonda
Contoh: Peristiwa adik menghempas cawan kaca lalu serpihannya terkena ibu
jari kaki bonda
sehingga terluka.
ii.
Pondok di dusun
Contoh: Peristiwa polis menyerbu pondok di dusun yang menjadi tempat
kawan-kawan adik
berkumpul dan menghisap ganja
.
iii.
Atas katil
Contoh: Adik terlantar lesu di katil dengan kepalanya berbalut tompokan
darah dan mukanya
calar-balar akibat daripada kemalangan yang dihadapinya
.
Latar
Masyarakat
i.
Masyarakat yang gigih mendidik anak.
Contoh: Bonda gigih mendidik adik yang degil, nakal dan terlibat dengan
masalah sosial.
ii.
Masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan.
Contoh: Bonda menyekolahkan anak-anaknya sehingga ke peringkat universiti.
iii.
Masyarakat yang mementingkan nilai kasih sayang.
Contoh: Bonda tetap menyayangi adik walaupun adik selalu menyakiti
hatinya terutamanya
apabila adik mahu berhenti sekolah.
i.
Personifikasi
Contoh:
-
tikaman masa lampau yang menajam di ingatan
- darah meluncur dari ibu jari kaki bonda
-
mencincanglumatkan jantung
bonda
-
ii.
Hiperbola
Contoh:
·
melangit tinggi
·
berasap-asap bara meluat
·
kata-kata berapi yang
membakar kepala
iii.
Sinkope
Contoh
:
- “Bonda yang berdosa sebab tak pandai
ajar anak”
- “ Adik nak berhenti sekolah…………”
- “Hanya orang berilmu dipandang mulia, nak.”
iv.
Pengulangan
Contoh
:
-
tidak pernah dicubit, tidak pernah ditengking
- buang masa, buang idea, buang dakwat pen, buang kertas dan buang duit setem
sahaja.
v.
Simile
Contoh:
- perangainya persis syaitan
- bonda bagai tercampak ke pulau hana
vi.
Peribahasa
Contoh:
-
bersengkang mata
- mengembalikan
manikam ke dalam cembulnya
- ibarat gelas,
biarpun tidak berkecai namun pasti akan ada retaknya
- dayung sudah di
tangan, sampan sudah di tengah lautan
- musuh dalam
selimut
- bendera
putih
Nilai
i.
Nilai kasih sayang.
Contoh: Bonda amat menyayangi anak-anaknya .
ii.
Nilai bertanggungjawab.
Contoh: Bonda bertanggungjawab mendidik dan membesarkan anak-anak setelah
kematian
suaminya.
iii.
Nilai kesabaran.
Contoh: Bonda sangat sabar mendidik anak-anaknya terutama anak
lelakinya, Mohd. Harraz
yang bermasalah.
iv.
Nilai kegigihan.
Contoh: Bonda begitu gigih mendidik adik sejak adik kecil sehingga
berjaya walaupun
berhadapan dengan pelbagai dugaan
v.
Nilai keinsafan.
Contoh: Adik insaf atas kesilapannya setelah terlibat dalam kemalangan dan
mahu belajar
semula.
vi.
Nilai ketabahan.
Contoh: Bonda tetap tabah apabila suaminya dituduh mengedar dadah
sehingga meninggal
dunia dalam penjara
.
Pengajaran
i.
Kita hendaklah gigih dalam mendidik anak-anak.
Contoh: Bonda gigih mendidik adik yang bermasalah sehingga akhirnya
menjadi orang yang
berjaya.
ii.
Kita mestilah bertanggungjawab terhadap anak-anak.
Contoh: Walaupun bonda seorang ibu tunggal namun bonda bertanggungjawab
mendidik,
membesar dan memberi kasih sayang terhadap anak-anaknya
.
iii.
Kita mestilah berusaha untuk mengatasi masalah keciciran pelajar luar
bandar.
Contoh: Adik berhenti sekolah ketika darjah enam.
iv.
Kita hendaklah mementingkan kasih sayang dalam keluarga.
Contoh: Kak Cik mendakap bonda erat-erat semasa bonda menangis selepas
melihat
tindakannya menampar adik
.
v.
Kita haruslah sabar dalam menghadapi segala kerenah ahli keluarga.
Contoh: Bonda sangat sabar mendidik anak-anaknya terutama anak
lelakinya, Mohd. Harraz
yang bermasalah.
vi.
Kita haruslah tabah menghadapi dugaan.
Contoh: Bonda tetap tabah apabila suaminya dituduh mengedar dadah
sehingga meninggal
dunia dalam penjara
.
Soalan
i.
Jelaskan tiga perwatakan adik.
ii.
Berikan tiga pengajaran yang terdapat dalam cerpen ini.
Jawapan
i.
Tiga perwatakan adik ialah degil dan keras hati. Contohnya, adik tetap
berdegil untuk keluar berjumpa rakan-rakannya walaupun dilarang oleh kakak dan
ibunya kerana telah lewat malam. Seorang yang malas bersekolah dan
terlibat dalam masalah sosial.
Contohnya,
adik berhenti sekolah semasa dalam darjah enam dan mula merokok. Seorang yang
panas baran. Contohnya, ketika adik meminta wang RM 5.00 kepada bonda untuk
membeli mercun, adik telah menghempas cawan kaca sehingga serpihannya terkena
kaki bonda setelah bonda enggan memberikannya.
ii.
Tiga pengajaran cerpen ini ialah kita hendaklah gigih dalam mendidik anak-anak.
Contohnya,
bonda gigih mendidik adik yang bermasalah sehingga akhirnya menjadi orang yang berjaya.
Pengajaran kedua kita mestilah bertanggungjawab terhadap anak-anak. Contohnya, walaupun
bonda seorang ibu tunggal namun bonda bertanggungjawab mendidik, membesar dan
memberi kasih sayang terhadap anak-anaknya. Ketiga kita mestilah berusaha untuk
mengatasi masalah keciciran pelajar luar bandar. Contohnya, adik berhenti
sekolah ketika darjah enam.
No comments:
Post a Comment