Tema
Kasih sayang
Iman
Zulaikha amat menyayangi kedua-dua ibu bapanya. Setelah mereka
bercerai, Iman ditinggalkan bersama-sama datuk dan neneknya di kampung.
Namun, hubungan ibu dan bapanya masih baik sebagai sahabat. Pelbagai
usaha dilakukan agar kedua-dua ibu bapanya dapat bersatu semula.
1. Persoalan pengorbanan
Ayah Iman dan ibu Adif Danial, terpaksa mengorbankan hasrat mereka untuk berkahwin
kerana anak-anak mereka tidak menyetujui perkahwinan tersebut. Ayah Iman akur
dengan permintaan Iman agar beliau berbaik-baik dengan bekas isterinya semula. Adif
Danial pula belum bersedia untuk menerima orang baharu sebagai ayahnya.
2. Persoalan ketabahan
Iman tabah menghadapi dugaan dan cabaran yang dihadapinya. Setelah ditinggalkan
oleh ibunya yang melanjutkan pelajaran di New Zealand, dia menyesuaikan dirinya
tinggal dengan datuk dan neneknya di kampung. Segala masalah dihadapinya tanpa
merungut malahan dia lebih berazam untuk berjaya.
3. Persoalan hubungan persahabatan
Iman dan Pei Wen bersahabat baik dan sering mencurah rasa serta sama-sama
menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.Kegigihan
Iman gigih berlatih untuk memenangi pertandingan pidato bagi mewakili sekolahnya ke
peringkat daerah.
4. Persoalan taat kepada perintah agama
Iman sentiasa menunaikan sembahyang dan memohon doa agar segala apa yang
dihajatinya tercapai.
Plot
Iman
Zulaikha merupakan pelajar tingkatan satu yang tinggal bersama-sama
datuk dan neneknya di kampung. Iman tinggal bersama-sama dengan ibunya
setelah pihak mahkamah memberikan hak penjagaan kepada ibunya. Iman
kemudiannya berpindah ke kampung kerana ibunya melanjutkan pelajaran ke
New Zealand. Namun, kerana kasih sayang terhadap ibu dan bapanya, dia
menyimpan hasrat untuk menyatukan mereka semula.
Perkembangan
Dia
amat senang berkawan dengan Pei Wen yang tinggal bersebelahan rumah
datuknya di kampung. Mereka sering bersama-sama ke sekolah. Pei Wen
dan Iman berkongsi suka duka dan sering mengatasi masalah bersama-sama.
Iman dan ibunya sering berhubung melalui kiriman e-mail.
Perumitan
Linda,
rakan sekelas Iman, sering menimbulkan masalah kepada Iman kerana Linda
tidak mahu berbaik-baik dengan Iman. Hal ini menghairankan Iman.
Apabila Cikgu Julia mencari wakil pidato untuk mewakili sekolah ke
peringkat daerah, Linda menjadi pesaingnya. Kemunculan Adif Danial yang
berkawan rapat dengan Iman, Pei Wen dan Zulkarnain tambah menaikkan
kemarahan Linda. Linda menyuruh Iman menarik diri daripada pertandingan
tetapi tidak dipersetujui oleh Iman.
Puncak
Iman
memenangi pertandingan pidato peringkat daerah hasil daripada
kegigihannya berlatih walaupun pelbagai masalah yang dihadapinya
sepanjang tempoh persediaan bagi menyertai pertandingan tersebut. Dua
hari sebelum bertanding, diari dan teks pidatonya hilang. Namun dia
cekal. Ayahnya turut hadir memberikan sokongan pada hari pertandingan.
Peleraian
Datuk
dan nenek mengadakan kenduri kesyukuran bagi menghargai kejayaan Iman.
Berita yang paling menggembirakan Iman ialah bapanya bersetuju untuk
membawa Iman serta datuk dan neneknya ke New Zealand bertemu dengan
ibunya.
Teknik Plot
1. Dialog
Perbualan antara Iman dan Pei Wen semasa Pei Wen mengadu tentang ibu tirinya yang sering tidak bersefahaman dengannya.
2. Kejutan
Pembaca dikejutkan dengan berita bahawa Yusri ingin membawa Iman berjumpa dengan ibunya di New Zealand.
3. Imbas kembali
Iman terkenangkan peristiwa semasa usianya 12 tahun, ibu dan bapanya bercerai.
4. Suspens
Pembaca tertanya-tanya peristiwa ketika Adif Danial melarikan diri daripada Yusri ketika pertemuan mereka di sekolah.
Watak dan Perwatakan
Watak Utama
Iman Zulaikha
Ø Pelajar tingkatan satu
Ø Penyayang
Iman
amat menyayangi kedua-dua ibu dan bapanya walaupun mereka telah
bercerai. Malahan Iman bercita-cita untuk menyatukan mereka semula.
Ø Gigih
Iman
gigih berlatih untuk memenangi pertandingan pidato peringkat sekolah
dan peringkat daerah. Hasil usahanya yang gigih, dia berjaya menjadi
johan.
Ø Pemaaf
Iman merupakan seorang yang pemaaf. Dia memaafkan kesalahan Linda yang
pernah menolaknya sehingga jatuh tangga dan mengambil diari serta teks
pidatonya sebelum pertandingan.
Ø Berani
Iman berani menentang Linda yang menyuruhnya menarik diri daripada pertandingan pidato agar memberi laluan kepadanya.
Watak Sampingan
Cikgu Julia
Ø Merupakan guru kelas Iman Zulaikha.
Ø Seorang guru yang bertanggungjawab terhdap semua muridnya.
Ø Telah banyak membantu Iman Zulaikha dalam pelajaran dan pertandingan pidato yang di sekolahnya.
Pei Wen
Ø Merupakan sahabat baik Iman.
Ø Belajar dalam kelas yang sama dan tinggal sekampung dengan Iman Zulaikha. Tinggal dengan emak tirinya.
Adif Danial.
Ø Merupakan sahabat baik Zulkarnain.
Ø Rakan sekelas Iman Zulaikha.
Ø Merupakan pelajar terbaik dalam kelas 1 Dinamik.
Linda
Ø Merupakan rakan sekelas Iman Zulaikha.
Ø Suka menyakiti hati Iman dan akhirnya dia insaf akan kesalahannya dan berbaik semula dengan Iman Zulaikha.
Latar
Latar Masa
Ø Pada waktu pagi.
Sewaktu sesi persekolahan pagi bermula jam 7.35 pagi.
Contohnya, sewaktu di dalam kelas Linda telah mengasari Iman.
Ø Pada waktu petang.
Selepas sesi persekolahan.
Contohnya, Iman menemani Pei Wen membeli barang di pasar raya.
Ø Pada waktu malam.
Hubungan Iman dengan ibunya.
Contohnya, Iman selalu berbalas e-mail dengan ibunya yang berada di New Zealand.
Latar Tempat
Ø Sekolah
Tempat Iman, Pei Wen, Zulkarnain, Linda dan Adif Danial menuntut ilmu.
Ø Rumah datuk dan nenek Iman
Tempat tinggal Iman setelah ibunya pergi melanjutkan pelajaran ke New Zealand.
Ø Port Dickson
Bapa Iman, Yusri membawa Iman dan datuk neneknya bersiar-siar ke Port Dickson.
Ø Kampung
Iman tinggal bersama-sama dengan datuk dan neneknya di kampung.
Latar Masyarakat
Ø Masyarakat pelajar
Masyarakat ini diwakili oleh Iman, Linda, Pei Wen, Zulkarnain dan Adif Danial.
Ø Masyarakat kampung
Iman tinggal di kampung bersama-sama datuk dan neneknya.
Ø Masyarakat yang patuh kepada agama
Datuk selalu bersembahyang jemaah di surau berhampiran rumahhnya di kampung tersebut.
Nilai
1. Nilai kasih sayang
Iman amat menyayangi ibu dan bapanya walaupun mereka telah berpisah. Datuk dan nenek Iman juga amat menyayangi Iman.
2. Nilai ketabahan
Iman tabah menghadapi pelbagai dugaan untuk mencapai kemenangannya dalam pertandingan pidato peringkat sekolah dan daerah
3. Nilai kerajinan
Iman merupakan seorang pelajar yang rajin membaca dan mengulang kaji pelajaran.
Pengajaran
1. Kita hendaklah menyayangi ibu dan bapa walaupun mereka telah berpisah kerana tanpa mereka, kita tidak akan lahir ke dunia.
2. Kita perlu tabah menghadapi pelbagai dugaan untuk mencapai kemenangan dalam sesuatu pertandingan.
3. Sebagai seorang pelajar kita haruslah rajin membaca dan mengulang kaji pelajaran.
No comments:
Post a Comment