CERPEN-BUDI SEMANGKUK DAGING

Cerpen Budi Semangkuk Daging Tg3


Cerpen Budi Semangkuk Daging
(Amy Suzani Ainuddin)
Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum

Sinopsis
           
Mengisahkan Puan Ainun yang hidup berjiran dengan Puan Salbiah, Puan Cheng dan Cik
Punita. Pada suatu hari, Puan Ainun memberi  setiap orang jirannya semangkuk  daging
masak Minang. Semua jirannya memuji

keenakan masakannya kecuali

Cik Punita yang mengembalikan pemberiannya. Akibat semangkuk daging, Puan Ainun tidak
berpuas hati dan berdendam dengan Cik Punita sehingga sanggup menyuruh anaknya
mengembalikan buah limau bali pemberian Cik Punita. Akhirnya, mereka berbaik semula
apabila suami Puan Ainun memaklumkan bahawa penganut agama Hindu tidak makan daging
lembu kerana lembu ialah binatang suci bagi penganut agama Hindu.

Tema

Kepentingan semangat kejiranan dalam kehidupan seharian.
Buktinya Puan Ainun, Puan Salbiah, Puan Cheng, dan Cik Punita saling bertegur sapa dan
tolong-menolong antara satu sama lain.

Persoalan

i.        Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Contoh:  Puan Ainun, Puan Cheng, dan Cik Punita yang tinggal di satu taman perumahan.

ii.        Larangan dalam agama.
Contoh:  Cik Punita mengembalikan semangkuk daging  pemberian Puan Ainun kerana
amalan agamanya tidak membenarkan penganutnya makan daging lembu yang dianggap suci

iii.        Dendam yang berpanjangan.
Contoh: Puan Ainun berdendam terhadap Cik Punita yang mengembalikan semangkuk daging
pemberiannya
.

iv.        Tolong- menolong dalam hidup bermasyarakat.
Contoh: Anak- anak Puan Ainun menyiram pokok- pokok bunga Cik Punita ketika dia balik ke
kampung
.

Plot

i.        Permulaan
Mengisahkan Puan Ainun seorang yang suka memasak dan mencuba resipi baharu, iaitu
daging masak Minang.

ii.        Perkembangan
Puan Ainun meminta anak-anaknya menghantar masakan tersebut kepada tiga orang jirannya
iaitu Puan Cheng, Cik Punita dan Puan Salbiah.

iii.        Puncak
Puan Ainun akhirnya mengetahui  punca Cik Punita mengembalikan masakannya  melalui
penjelasan suaminya. Rupa-rupanya Cik Punita tidak makan daging kerana penganut agama

Hindu tidak boleh

makan daging lembu.

iv.        Peleraian
Akhirnya Puan Ainun sedar akan kesilapannya dan menghantar sendiri bubur kacang kepada
Cik Punita.

Teknik Penceritaan

i.        Pemerian
Contoh: Memerihalkan peristiwa Puan Ainun mencuba resepi baharu, iaitu daging masak
Minang.

ii.        Dialog
Contoh:  Perbualan antara Puan Ainun dengan Puan Cheng tentang masakan Puan Ainun di
halaman rumah mereka
.

iii.        Imbas Kembali
Contoh: Puan Ainun mengingati kembali peristiwa dia tidak membeli produk barangan
kesihatan yang dijual oleh Cik Punita
.
iv.        Saspens
Contoh: Pembaca tertanya-tanya sebab Cik Punita tidak menerima masakan pemberian Puan
Ainun.

v.        Monolog Dalaman
Contoh:  Sewaktu Puan Ainun tertanya-tanya di dalam hati sebab Cik Punita tidak menerima
pemberiannya
.

vi.        Monolog
Contoh:  Puan Ainun mengeluh sendirian memikirkan perbuatan Cik Punita yang menolak
pemberiannya
.

Watak dan Perwatakan

Watak Utama
Puan Ainun
i.        Isteri kepada Encik Hilal.

ii.        Ibu kepada Shafiq dan Hanif.

iii.        Berjiran dengan Cik Punita, Puan Cheng dan Puan Salbiah.

iv.        Mempunyai semangat kejiranan dan suka menolong jiran.
Contoh : Sekiranya Cik Punita pulang ke kampungnya di Ipoh selama beberapa
hari, Puan Ainun jugalah yang ringan tangan menolong menyiramkan pokok-pokok bunga di
rumah Punita. Dia juga menolong mengawasi rumah jirannya itu agar sentiasa  dalam keadaan
yang selamat.

v.        Seorang yang suka memasak dan mencuba sesuatu yang baharu.
Contoh : Puan Ainun mencuba memasak daging masak Minang.

vi.        Seorang yang mudah kecil hati dan  pendendam.
Contoh: Puan Ainun kecil hati dan berdendam dengan Cik Punita kerana mengembalikan
masakan pemberiannya
.

vii.        Insaf akan kesilapannya.
Contoh:  Puan Ainun insaf atas kesilapannya berprasangka buruk terhadap Cik Punita.

Watak Sampingan

Cik Punita
i.        Jiran Puan Ainun yang berketurunan India dan beragama Hindu.

ii.        Berusia 30-an tetapi belum berkahwin.

iii.        Fasih berbahasa Melayu.

iv.        Berasal dari Ipoh.

v.        Menjual barangan kesihatan keluaran syarikat jualan langsung.

vi.        Patuh pada ajaran agamanya .  
Contoh : Cik Punita tidak makan daging lembu.

vii.        Mempunyai semangat kejiranan.
Contoh : Cik Punita memberikan buah limau  bali kepada keluaga Puan Ainun.

Encik Hilal
i.        Suami kepada Puan Ainun.

ii.        Bapa kepada Shafiq dan Hanif.

iii.        Menasihati  isterinya yang  menghadapi  masalah dengan jirannya.

iv.        Memahami adat dan budaya masyarakat kaum lain.
 Contoh: Dia menjelaskan bahawa  penganut agama Hindu tidak makan daging lembu.

Latar

Latar Masa
i.        Waktu pagi
Contoh: Puan Ainun  menyidai pakaian di ampaian di halaman rumahnya.

ii.        Waktu tengah hari
Contoh: Puan Ainun memasak daging masak Minang  untuk makan tengah hari.

iii.        Waktu petang
Contoh: Puan Ainun memasak bubur kacang untuk minum petang.

Latar  Tempat
i.        Rumah Puan Ainun.
Contoh: Tempat tinggal Puan Ainun, Encik Hilal, Shafiq dan Hanif.

ii.        Kawasan Perumahan
Contoh: Terdapat rumah Puan Ainun, Puan Cheng, Puan Salbiah dan rumah sewa Punita.

Latar Masyarakat
i.        Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Contoh: Terdapat tiga kaum yang diwakili oleh Puan Ainun (Melayu), Puan Cheng (Cina) dan
Cik Punita (India).



ii.        Masyarakat yang mengamalkan semangat kejiranan .
Contoh: Puan Ainun sering bertukar-tukar makanan dengan jiran-jirannya dan menolong
menyiram pokok-pokok bunga Cik Punita
.

iii.        Masyarakat yang prihatin terhadap adat, budaya dan agama kaum lain.
Contoh: Encik Hilal menjelaskan kepada Puan Ainun sebab Cik Punita tidak mahu menerima
makanan pemberian Puan Ainun.

Gaya Bahasa

i.        Pengaruh bahasa asing.
Contoh:  Penggunaan bahasa Inggeris - best.

ii.        Perlambangan
Contoh:   hatinya berasa kembang.

iii.        Sinkope
Contoh : Tak ada. Semuanya saya dah beli semalam,” jawab Puan Ainun.

iv.        Simile
Contohnya : Sakit hati Puan Ainun makin bertambah bagai dicucuk dengan duri.

v.        Peribahasa
Contoh :  Penggunaan pepatah, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

vi.        Kata Ganda
Contoh:  Berhari-hari selepas itu Punita tidak juga pulang.


Nilai

i.        Nilai  tolong- menolong.
Contoh:  Puan Ainun  menolong menyiram pokok-pokok bunga Cik Punita sewaktu ketiadaan
jirannya itu
.

ii.        Nilai bertanggungjawab.
Contoh: Puan Ainun menunaikan tanggungjawab menjaga hak-hak jiran seperti  menolong
mengangkat kain sewaktu ketiadaan Cik Punita
.

iii.        Nilai kepatuhan.
Contoh: Anak-anak Puan Ainun patuh pada arahannya supaya menghantar juadah kepada
jiran-jirannya
.

iv.        Nilai keinsafan.
Contoh:  Puan Ainun insaf akan kesilapannya berburuk sangka terhadap Cik Punita.

v.        Nilai prihatin
Contoh:  Encik Hilal prihatin terhadap adat dan budaya agama lain. Misalnya dia memberitahu
Puan Ainun bahawa penganut agama Hindu tidak makan daging lembu
.

Pengajaran

i.        Kita hendaklah menghormati jiran dan adat budaya kaum lain.
Contoh: Encik Hilal memberitahu Puan Ainun bahawa penganut agama Hindu tidak makan
daging lembu
.

ii.        Kita mestilah tolong-menolong sesama jiran.
Contoh:  Anak-anak Puan Ainun menolong Cik Punita menyiram pokok-pokok bunga  dan
Puan Cheng menawarkan diri untuk menolong

Puan Ainun membeli

barang-barang

kerana dia hendak ke kedai
.


iii.        Kita tidak boleh berprasangka buruk terhadap seseorang tanpa usul periksa.
Contoh: Puan Ainun menyangka Cik Punita memulangkan makanan kerana marah
terhadapnya yang tidak membeli barangan yang dijual oleh Cik Punita
.

iv.        Kita hendaklah mendidik anak-anak dengan nilai-nilai yang baik.
Contoh:   Puan Ainun mendidik Shafiq dan Hanif agar bertimbang rasa dan tolong-menolong
sesama jiran.

Soalan

i.        Nyatakan dua nilai murni yang terdapat dalam cerpen ini.

ii.        Jelaskan dua persoalan yang diketengahkan oleh pengarang dalam cerpen ini.

Jawapan

i.        Dua nilai murni yang terdapat dalam cerpen ini ialah nilai  tolong- menolong. Contoh:  Pu
an Ainun dan jiran-jirannya mengamalkan nilai tolong-menolong dengan sentiasa bertegur
sapa, menjaga perasaan jiran dan menolong menyiram pokok-pokok bunga. Nilai
bertanggungjawab. Contoh: Puan Ainun menunaikan tanggungjawab menjaga hak-hak jiran
seperti

menolong mengangkat kain sewaktu ketiadaan Cik Punita.

ii.        Dua persoalan yang diketengahkan oleh pengarang dalam cerpen ini  masyarakat
Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Contoh: Puan Ainun, Puan Cheng, dan Cik Punita
tinggal di satu taman perumahan. Persoalan penganut agama Hindu yang tidak makan daging
kerana menganggap lembu ialah binatang suci. Contoh: Cik Punita mengembalikan semangkuk
daging  pemberia n Puan Ainun kerana amalan agamanya tidak membenarkan penganutnya makan daging
lembu yang dianggap suci.

No comments:

Post a Comment

 
Powered by Blogger