Thursday 24 April 2014

HARI GURU



HARI GURU
(Selina S.F. Lee)

MAKSUD RANGKAP


Rangkap 1

Semasa sambutan Hari Guru, para guru bertekad menunaikan amanah dan harapan para ibu bapa untuk melaksanakan tugas mendidik anak-anak yang bakal menerajui negara pada masa hadapan.


Rangkap 2

Sambutan Hari Guru merupakan hari para guru bermuhasabah diri tentang tanggungjawab dan keazaman mereka sama ada masih lagi kukuh  atau telah hilang kerana pelbagai dugaan.


Rangkap 3

Hari guru merupakan hari para guru menerima penghormatan dan penghargaan kerana jasa-jasa mereka.



TEMA

Sajak ini mengemukakan tema tentang penghargaan kepada para guru melalui sambutan Hari Guru.


PERSOALAN

1.      Persoalan peranan guru mendidik anak bangsa.

2.      Persoalan melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada kita.

3.      Persoalan kesedaran tentang tugas dan tanggungjawab yang dipikul.

4.      Persoalan tugas guru yang sentiasa dikenang dan dihargai.




GAYA BAHASA


1.         Personifikasi
adalah hari yang menuntut kita. (Rangkap 2, baris 2)

2.         Metafora
apakah  tiang azam (Rangkap 2, baris 4)
tunas bangsa (Rangkap 1, baris 8)

3.         Anafora
ada bunga dikalung
ada puji dilafazkan
ada jasa dikenangkan (Rangkap 2, baris 2 hingga 3)

4.         Asonansi
adalah hari kita. (Rangkap 1, baris 2)
Pengulangan vokal ’a’

5.         Aliterasi
masih tegak kukuh (Rangkap 2, baris 5)
pengulangan konsonan ’k’.


BENTUK


1.         Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap.

2.         Rima akhir bebas.

3.         Jumlah perkataan sebaris antara dua hingga lima patah kata.

4.         Jumlah suku kata sebaris antara empat hingga sebelas suku kata.

5.         Jumlah baris serangkap adalah bebas
Contohnya : (Rangkap 1 – ada sembilan baris,  Rangkap 2 – ada sepuluh baris dan Rangkap 3 – ada tujuh baris).


NADA

Nada sajak ini patriotik.




NILAI

1.         Nilai amanah
Para guru memikul amanah para ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka.

2.         Nilai tanggungjawab
Guru-guru bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas / tanggungjawab mereka untuk membimbing anak bangsa.

3.         Nilai penghargaan terhadap orang yang berjasa
Jasa guru dihargai dan dikenang melalui sambutan hari guru.

4.         Nilai kesedaran
Para guru sepatutnya sedar akan tugas dan peranan mereka dalam mendidik pelajar.


PENGAJARAN

1.            Para guru hendaklah menunaikan amanah ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka.

2.            Kita hendaklah menghargai peranan para pendidik (guru) dalam usaha mendidik dan memberi ilmu kepada anak bangsa kita – sambutan hari guru merupakan salah satu cara yang dilakukan bagi menghargai para pendidik.

3.               Para guru hendaklah sedar peranan dan tanggungjawab yang dipikul oleh mereka.

4.               Kita hendaklah mengenang jasa orang yang banyak memberi ilmu kepada kita – jasa para guru hendaklah sentiasa kita kenang.



LATIHAN
1.         Bincangkan  tiga nilai yang boleh diambil dalam sajak Hari Guru.
2.         Senaraikan  tiga gaya bahasa yang terdapat dalam sajak Hari Guru beserta contoh.
3.         Pada pendapat anda, apakah yang boleh kita lakukan untuk menghargai jasa guru.

Jawaban:

1.         Nilai-nilai yang wujud dalam sajak ini ialah:
·            Nilai amanah
       Para guru memikul amanah para ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka.

·            Nilai tanggungjawab
Guru-guru bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas / tanggungjawab mereka untuk membimbing anak bangsa.

·            Nilai penghargaan terhadap orang yang berjasa
       Jasa guru dihargai dan dikenang melalui sambutan hari guru.

2.         Gaya bahasa yang wujud dalam sajak ini ialah

a)         Personifikasi
adalah hari yang menuntut kita. (Rangkap 2, baris 2)

b)         Metafora
apakah  tiang azam (Rangkap 2, baris 4)
tunas bangsa (Rangkap 1, baris 8)

c)         Anafora
ada bunga dikalung
ada puji dilafazkan
ada jasa dikenangkan (Rangkap 2, baris 2 hingga 3)

3.      Perkara yang boleh kita lakukan untuk menghargai jasa-jasa guru ialah:

a.      Belajar bersungguh-sungguh
b.      Meraikan guru seperti sambutan Hari Guru
c.      Menaikkan imej guru dengan mendapat keputusan yang cemerlang.

Tuesday 8 April 2014

PENANDA WACANA

SUMBER DARI: Dewan Bahasa dan Pustaka

Dalam sesebuah hasil penulisan, penggunaan penanda wacana atau dikenal juga sebagai perangkai ayat dapat memastikan wujud kesinambungan dan pertautan antara satu idea dengan idea yang lain. Kewujudannya dalam sesuatu wacana secara berkesan akan memantapkan hasil penulisan tersebut selain dapat membuat perkaitan antara ayat dengan ayat, mahupun antara perenggan dengan perenggan.

Beberapa contoh penggunaan wacana dapat diperhatikan di bawah :
1. Kerajaan amat menggalakkan rakyat mempelajari penggunaan komputer. Oleh hal yang demikian, berbagai-bagai usaha telah dilakukan untuk memastikan segenap lapisan masyarakat dapat mempelajarinya dengan berkesan.
2. Para pelajar diseru agar menitikberatkan pencapaian akademik. Di samping itu, kegiatan kokurikulum perlu diberikan perhatian juga.
3. Dia terpaksa bekerja keras untuk menampung perbelanjaan keluarganya. Tambahan pula, bapanya telah meninggal dunia.

Antara contoh penanda wacana yang lazimnya ditemukan dalam sesebuah penulisan ialah selain itu, di samping itu, walau bagaimanapun, apatah lagi, lebih-lebih lagi, jika demikian, oleh sebab itu, oleh itu, justeru, lantaran itu dan namun begitu. Para guru sering mengingatkan para pelajar agar tidak melupakan penanda wacana semasa menulis karangan kerana selain dapat membantu mereka menghasilkan pertautan idea, karangan yang dibina dengan menggunakan penanda wacana yang sesuai akan kelihatan lebih mantap. Penggunaan penanda wacana yang tepat pada tempatnya menunjukkan kematangan para pelajar ataupun seseorang penulis menggunakan bahasa dengan baik.

Namun begitu, kadangkala berlaku kesalahan penggunaan penanda wacana yang berpunca daripada kurangnya pengetahuan tentang cara menulis, fungsinya serta aspek tatabahasa yang perlu dipatuhi. Misalnya, tidak meletakkan tanda koma ( , ) selepas penanda wacana yang berfungsi sebagai frasa. Contohnya,
1. Pihak kerajaan akan memastikan pendapatan para petani dapat ditingkatkan. Oleh itu pelbagai langkah yang difikirkan sesuai sedang direncanakan.
( Sepatutnya : Oleh itu, pelbagai langkah… )
Para pengguna bahasa kadangkala menulis penanda wacana yang tidak tepat dari segi struktur tatabahasanya. Misalnya,
2. Dia amat gemar akan buah manggis. Selain daripada itu, dia juga menggemari buah nangka. ( Sepatutnya : Selain itu,… )
3. Pihak berkuasa akan memperhebat gerakan memburu penjenayah itu. Ini kerana dia sangat berbahaya. ( Sepatutnya : Hal ini demikian kerana… )
4. Suria sangat aktif dalam kegiatan kokurikulum dan pencapaiannya dalam akademik amat baik. Oleh kerana itu, dia dipilih sebagai Ketua Murid. (Sepatutnya : Oleh sebab itu,… )
5. Dia berlatih di padang setiap petang. Walaubagaimanapun, dia tidak mengabaikan pelajarannya. ( Sepatutnya : Walau bagaimanapun,… )
6. Kadar kemalangan jalan raya semakin meningkat sejak akhir-akhir ini. Justeru itu, kerajaan mengambil pelbagai pendekatan untuk mengatasinya. (Sepatutnya : Oleh itu,… )

Kebanyakan pengguna bahasa menganggap justeru itu bermaksud oleh itu. Sebenarnya, jika dirujuki Kamus Dewan edisi ketiga pada halaman 551, kita akan mendapati makna justeru yang diberikan ialah :
1. kebetulan, tepat, kena benar.
2. malahan, bahkan.

Maksud yang kedua, iaitu malahan dan bahkan yang bersinonim dengan justeru. Sebab itulah tidak tepat penggunaan justeru itu kerana tidak wujud bentuk malahan itu ataupun bahkan itu. Penggunaan justeru dalam ayat yang gramatis seperti yang berikut :
7. Saya tidak pernah mengkhianatinya, justeru saya sering membantunya ketika dia dalam kesusahan.
8. Tindakan mereka bukan sahaja melanggar kemahuan orang tua mereka, justeru melanggar adab susila orang-orang timur.

Demikianlah serba ringkas penerangan yang dapat dikongsi bersama-sama dalam usaha kita menggunakan dan menggalakkan penggunaan bahasa yang betul, berkesan, dan menepati hukum bahasa. Semoga bahasa kita dapat dimartabatkan dengan keazaman untuk membetulkan kebiasaan yang salah dan membiasakan penggunaan yang betul.


Penanda Wacana Karangan

A. PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PENDAHULUAN KARANGAN
· Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu …
· Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah ….
· Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat.
· Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri.
· Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini …
· Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan …


B. PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN
· Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.
· Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama.
· Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini.
· Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan …….
· Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.


C. PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN

· Kita dapat menyaksikan betapa…
· Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana…
· Lazimnya, dalam keadaan …
· Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah …
· Pada hemat saya …
· Pada pandangan saya …
· Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa …
· Sebagaimana yang kita ketahui
· Sebagaimana yang kita maklumi
· Sejak awal lagi
· Sejak kebelakangan ini
· Selain itu, pada masa ini juga
· Seperti yang telah dinyatakan
· Umum mengetahui bahawa
· Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas


D. PENANDA WACANA UNTUK AYAT 2 DAN SETERUSNYA DALAM KARANGAN
· Bagi sesetengah orang …
· Begitu juga dengan …
· Begitu juga halnya dengan …
· Bertitik tolak daripada itu …
· Bukan itu sahaja …
· Dalam hal ini …
· Dalam konteks ini ..
· Dalam zaman yang serba canggih ini …
· Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa …
· Dengan adanya …
· Dengan berbuat demikian …
· Dengan perkataan lain ..
· Disebabkan hal itu
· Disebabkan keistimewaan inilah kita ..
· Hal ini berlaku disebabkan
· Hal ini penting dalam
· Hal ini serupa dengan
· Hal yang serupa berlaku apabila
· Ini disebabkan
· Ini membuktikan bahawa
· Ini menggambarkan bahawa
· Ini secara tidak langsung akan
· Ini semua meninggalkan kesan kerana
· Ini tentu sekali membuatkan
· Jadi kita perlu
· Jadi kita hendaklah
· Keadaan ini tentunya
· Lantaran itu sehingga kini
· Kesemua ini menyumbang kepada
· Kita mengakui hakikat bahawa
· Kita sering menonton di kaca televisyen
· Kita sering membaca di dada-dada akhbar
· Memandangkan keadaan yang sedemikian
· Namun sejak kebelakangan ini
· Oleh itu, bolehlah dikatakan
· Secara logiknya masa yang
· Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita
· Keadaan ini seharusnya boleh
· Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini
· Kendatipun demikian, kita masih
· Yang paling nyata ialah
· Yang perlu kita pastikan ialah


E. PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN STATISTIK
· Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak
· Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan
· Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian ….. pada tahun …… menunjukkan bahawa sebanyak …………


F. PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN CONTOH

· Sebagai contohnya
· Biar kita lihat
· Biar kita ambil contoh
· Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah
· Sebagai analoginya,
· Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah


G. PENANDA WACANA UNTUK KESIMPULAN KARANGAN

· Intihanya,
· Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas
· Konklusinya,
· Dengan ini diharapkan
· Bukan itu sahaja
· Mudah-mudahan perkara ini
· Dengan keizinan Tuhan yang maha esa, kita yakin dan percaya bahawa
· Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insyallah perkara ini akan …
· Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama
H. PENANDA WACANA UMUM

Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi mempertalikan sesuatu idea, hujah, dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun berucap. Seandainya sesuatu wacana berkenaan tidak mempunyai penanda wacana yang tepat, ia akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap. Contoh penanda wacana seperti berikut:

1. Tambahan : dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula, selanjutnya, seterusnya, di samping

2. Urutan : pertama, kedua, seterusnya, selepas itu, kemudian, kemudian daripada itu, akhirnya

3. Penyataan semula: iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang diterangkan

4. Contoh: contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam, umpama, bagai, bak kata, sebagai

5. Rumusan: rumusannya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul kata

6. Tempat: berhampiran dengan, bersebelahan dengan, bertentangan dengan

7. Waktu : apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada mulanya, lama-kelamaan, lambat-laun, akhirnya

8. Sebab dan kesan: oleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran, jadi,
dengan itu

9. Bandingan: seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan

10. Pertentangan : tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau bagaimanapun, namun begitu, bertentangan dengan

11.Pengesahan: sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah, pastilah, sememangnya



Contoh lain penanda wacana


Penanda wacana Bahasa Melayu


Kata penghubung
-tetapi 
-lalu 
-jika
-serta 
-agar 
-supaya
-sungguhpun 
-kerana 
-walaupun

Penambahan
-dan 
-sebenarnya 
-juga
-sekali lagi 
-bertitik tolak 
-hal ini
-tambah lagi 
-lebih-lebih lagi 
-selain juga
Perbandingan/ Perbezaan
-tetapi 
-dalam nada yang berbeza
-selain itu
-walaupun 
-sehubungan dengan 
- sebagaimana
-sebaliknya 
-jika dibandingkan dengan 
-sama dengan
-berbeza dengan 
-walau bagaimana sekalipun 
-selari dengan
-walau bagaimanapun 
-setelah dibandingkan dengan 
-namun demikian
Turutan
-pertamanya 
-akhirnya 
-selain itu
-keduanya 
-seterusnya 
-pertama sekali
-selepas itu 
-lebih awal dari itu 
-lebih penting lagi
Contoh
-contohnya 
-biar kita ambil contoh 
-khususnya
-misalnya 
-mari kita mengambil contoh 
-terutamanya
-umpamanya
-apa yang dimaksudkan 
-seperti
Masa
-akhirnya
-pada masa yang sama 
-sesekali
-dewasa ini 
-pada ketika itu 
-sebelum ini
-selepas itu
-pada mulanya 
-semenjak itu
-sementara itu 
-serentak dengan 
-ada ketikanya
Kesimpulan
-oleh itu 
-jadi 
-kesimpulannya
-jika kita tidak 
-jelaslah 
-dapatlah disimpulkan bahawa
-kesudahannya 
-sesungguhnya 
-tanpa (penglibatan/ usaha, dsb.)
-pendek kata 
-walaupun 
-oleh hal yang demikian
-ringkasnya 
-marilah kita 
-komitmen semua pihak
-sebagai rumusan
-demikianlah
-dapatkah kita membayangkan..
-kejayaan...bergantung pada 
-pada keseluruhannya 
-sebagai menggulung hujah
-keengganan... bakal menyaksikan 
-(peribahasa)
-sebelum saya mengakhiri, saya menegaskan sekali lagi...
Penanda wacana umum
-dengan ini 
-banyak pihak yang berpendapat 
-amnya
-sememangnya 
-selaras dengan 
-lazimnya
-sejajar dengan sering kali kita
 -justeru itu
-sementelahan pula 
-secara khususnya 
-pada kebiasaannya
Penanda Wacana
i) Penanda permulaan karangan 
a) Pada era globalisasi ini,
b) Pada zaman pascakemerdekaan ini,
c) Dalam meniti arus kemodenan ini,
d) Dewasa ini,
e) Pada masa ini,
f) Kini,
g) Dasawarsa ini,
h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada,
i) Sejak sedekad yang lalu,
j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,
k) Kebelakangan ini,
l) Belakangan ini,
m) Sejak akhir-akhir ini,
ii) Penanda memulakan isi baharu
a) Selain itu,
b) Di samping itu,
c) Sementara itu,
d) Lebih-lebih lagi,
e) Dalam pada itu,
f) Lain daripada itu,
g) Pada waktu yang sama,
h) Dalam pada itu,
i) Seterusnya,
iii) Penanda huraian isi karangan
a) Hal ini demikian kerana
b) Hal ini berlaku kerana
c) Hal ini terjadi kerana
d) Hal ini disebabkan oleh
e) Hal ini wujud akibat daripada
f) Hal ini bersangkut-paut dengan
g) Hal ini berpunca daripada
h) Hal ini tercetus apabila
i) Hal ini timbul apakala
iv) Penanda memberi contoh dalam karangan
a) Misalnya,
b) Contohnya,
c) Sebagai contoh,
d) Tamsilnya,
e) Sebagaimana yang kita sedia maklum,
f) Antaranya adalah seperti
v) Penanda menghuraikan contoh
a) Hal ini mengakibatkan
b) Hal ini menyebabkan
c) Oleh itu,
d) Maka,
e) Oleh hal yang demikian,
f) Oleh sebab itu,
g) Jelaslah bahawa
h) Justifikasinya,
vi) Penanda menutup isi
a) Kesannya,
b) Natijahnya,
c) Akibatnya,
d) Akhirnya,
e) Dengan itu,
f) Dengan berbuat demikian,
g) Dengan keadaan sedemikian,
vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat
Contoh : Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang memeningkan kepala
a) justeru
b) malah
c) malahan
d) tambahan pula
e) sementelahan
f) sekali gus
g) di samping
h) bahkan
i) malar-malar
viii) Penanda memulakan perenggan penutup
a) Kesimpulannya,
b) Intihanya,
c) Secara tuntas,
d) Konklusinya,
e) Sebagai penutup wacana,
f) Sebagai penghias bicara akhir,
g) Sebelum mengakhiri wacana ini,
h) Secara keseluruhan,
i) Secara total,
ix) Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza
a) Walau bagaimanapun,
b) Walakin begitu,
c) Namun demikian,
d) Daripada perspektif yang berbeza,
e) Jika dilihat dari sudut lain,
f) Dengan kata lain,
g) Kontradiksinya,
i) Di sebalik itu, 
j) Dalam pada itu,
k) Dari sudut lain,
x) Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa
a) Bak kata peribahasa, .......
b) Bak kata peribahasa Melayu, ............
c) Bak kata orang tua-tua, ...........
d) Bak kata mutiara, .........
e) Bak peribahasa, ............
f) Bak kata cendekiawan, .............
g) Persis kata peribahasa, ............
h) Persis kata peribahasa Melayu, .............
i) Persis kata orang tua-tua, ............
j) Persis kata mutiara, ............ 
k) Persis peribahasa, ...............
l) Persis kata cendekiawan, .............
m) Hal ini sama dengan peribahasa .......... 
n) Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni .......
o) Fenomena ini dikatakan
p) Masalah ini sama dengan peribahasa ...........
q) Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa ..........
PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN
· Kita dapat menyaksikan betapa
· Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana
· Lazimnya, dalam keadaan 
· Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah 
· Pada hemat saya 
· Pada pandangan saya 
· Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa 
· Sebagaimana yang kita ketahui
· Sebagaimana yang kita maklumi
· Sejak awal lagi
· Sejak kebelakangan ini
· Selain itu, pada masa ini juga
· Seperti yang telah dinyatakan
· Umum mengetahui bahawa
· Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas
PENANDA WACANA UNTUK AYAT 2 DAN SETERUSNYA DALAM KARANGAN
· Bagi sesetengah orang 
· Begitu juga dengan 
· Begitu juga halnya dengan 
· Bertitik tolak daripada itu 
· Bukan itu sahaja 
· Dalam hal ini 
· Dalam konteks ini ..
· Dalam zaman yang serba canggih ini 
· Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa 
· Dengan adanya 
· Dengan berbuat demikian 
· Dengan perkataan lain ..
· Disebabkan hal itu
· Disebabkan keistimewaan inilah kita ..
· Hal ini berlaku disebabkan
· Hal ini penting dalam
· Hal ini serupa dengan
· Hal yang serupa berlaku apabila
· Ini disebabkan· Ini membuktikan bahawa
· Ini menggambarkan bahawa
· Ini secara tidak langsung akan
· Ini semua meninggalkan kesan kerana
· Ini tentu sekali membuatkan
· Jadi kita perlu
· Jadi kita hendaklah
· Keadaan ini tentunya
· Lantaran itu sehingga kini

GEMA SEPI GADIS GENIUS




Sinopsis

   Fikiran Basirah kian kusut.Dia berdepan dengan masalah ''busut'' dalam sistem komputer di Makmal Perdana,tempat dia sedang menjalani latihan praktikalnya.Dalam kekusutan fikirannya itu,Basirah terkenang akan kakaknya,Hanani.Basirah mengalami masalah egoisme sebagai seorang kanak-kanak genius.Basirah berasa tidak senang apabila Hanani mengeluh apabila melihat dirinya pergi bekerja pada hari minggu.Basirah menganggap Hanani tidak memahami dirinya.Basirah tidak pasti sama ada sikapnya itu memperlihatkan keangkuhannya.Namun pada waktu yang sama,dia teringin menjadi seperti Hanani yang banyak mempunyai kawan dan bergembira dengan pelbagai rutin harian.

   Namu demikian,Basirah tidak boleh berbuat seperti Hanani kerana gadis genius mesti sentiasa kelihatan serius seperti orang dewasa.Tambahan pula dia sering menjadi perhatian.Bagaimanapun,kadangkala Basirah teringin juga mengisi masa terluang dengan mencari maklumat tentang cara-cara untuk menjalinkan persahabatan.Namun,usahanya itu tidak sampai ke mana kerana dia sentiasa sibuk belajar dan bekerja serta memerah otak.Basirah tiba-tiba terkenang akan hari pertama dia menjalani latihan praktikalnya semasa berusia 13 tahun.Namun sepantas itu juga perhatiannya kembali kepada masalah ''busut'' yang dilonggokkan oleh pengurusnya tadi.Memang terdapat paparan data yang mencurigakan dan terlalu rumit untuk ditafsirkan.Namun,Basirah optimis.Dia tidak mudah mengaku kalah.Dia berusaha untuk mengesan penceroboh sistem komputer itu.
  
   Tiba-tiba Basirah teringat lagi akan ''busut'' yang lain itu.''Busut'' yang bermula daripada sebesar butir padi,kemudian melanda saluran-saluran darah di payudara ibunya.Akhirnya ibunya tewas dan kembali ke rahmatullah.Lamunan Basirah terhenti apabila beberapa orang remaja linkungan 12-15 tahun hadir di makmalnya.Salah seorang daripada remaja itu ialah kakaknya,Hanani yang datang untuk meraikan hari jadi Basirah yang ke-14.Mereka turut membawa sebiji kek.

   Semua remaja yang hadir menghulurkan bantuan kepada Basirah.Ada antara mereka yang mempunyai saudara,kawan,atau peminat ''surat elektronik'' di luar negara.Basirah terharu.Alat osiloskop dipasang.Panggilan kepada ''kawan elektronik'' dibuat dan balasan e-mel dari luar negara di seluruh dunia diterima.Basirah turut kagum akan cadangan Hanani.Basirah sedar bahawa tidak semua orang pakar dalam semua subjek.Akhirnya,maklumat tentang penangkapan si penceroboh itu mulai tersebar dalam internet.


Tema


   Sikap individualisme boleh menimbulkan permasalahan dalam kehidupan.Basirah menghadapi masalah dalam hidupnya kerana tidak banyak mempunyai kawan lantaran dia merupakan gadis genius.


Persoalan


a) Masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak genius.
    Basirah merupakan seorang kanak-kanak genius.Hal ini menjadikan kematangan inteleknya mendahului
    umur biologinya.Sebagai akibatnya,dia tidak selesa bergaul dengan kawan-kawan sebaya dengannya.
b) Sukar untuk bergaul dengan orang lain.
    Basirah menghadapi masalah untuk bergaul dengan orang yang lebih berusia daripadanya kerana
    pemikirannya masih lagi di tahap remaja.
c) Sikap gemar memandang rendah terhadap kebolehan orang lain.
    Kedua-dua orang timbalan pengurus di makmal komputer itu memandang rendah akan kebolehan
    Basirah walaupun Basirah merupakan gadis genius.
d) Sikap keakuan dalam menjalani kehidupan.
    Kepintaran Basirah yang luar biasa disertai sikapnya yang ego telah menyebabkan dia hidup terasing
    dan kesunyian kerana tidak mempunyai kawan.
e) Menghargai kebolehan orang lain.
    Basirah akhirnya menghargai kebolehan kakaknya,Hanani semasa membantunya untuk menyelesaikan
    masalah sistem komputer di makmal itu yang diceroboh.

Watak


a)Watak utama dalam cerpen ini ialah Basirah.
b)Watak sampingan terdiri daripada Hanani,timbalan pengurus dan pensyarah Basirah.

Perwatakan


Basirah


a)Basirah gadis genius yang berusia 14 tahun.
b)Basirah siswi tahun akhir dalam jurusan Sains Komputer di sebuah institusi pengajian tinggi di Semenanjung.
c)Basirah menjalani latihan amali di Makmal Perdana.
d)Basirah dilantik sebagai timbalan pengurus di makmal komputer itu.
e)Basirah optimis dan gigih semasa melaksanakan sesuatu kerja.
f)Basirah tidak banyak mempunyai rakan sebaya.
g)Basirah suka hidup menyendiri.
h)Basirah bijak menangani tekanan.
i)Basirah dapat menerima pandangan orang lain.

Hanani


a)Hanani kakak kepada Basirah.
b)Hanani berusia 16 tahun.
c)Hanani seorang kanak-kanak biasa daripada segi kecerdasan otak.
d)Hanani mengambil berat tentang adiknya,Basirah.
e)Hanani periang
f)Hanani banyak mempunyai rakan sebaya.
g)Hanani lincah dan kreatif.

Timbalan Pengurus(2 orang)


a)Berusia dalam lingkungan 40-an.
b)Mencemburui kehadiran gadis genius,Basirah di Makmal Perdana.

Plot


Permulaan
Basirah merenung berbelas-belas komputer di Makmal Perdana. Namun tiadapun daripadanya berjudul program ‘antibusut’. Dalam keadan fikirannya yang sedang kusut, Basirah terkenang akan kakaknya, Hanani semasa mereka masih kecil lagi, semasa Hanani di tadika sehinggalah Basirah melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Komputer. Banyak perbezaan antara mereka berdua. Selain itu, Basirah juga teringat akan ayahnya yang sentiasa sibuk.

Perkembangan
Basirah menjalani  praktikal  dengan menduduki jawatan timbalan pengurus makmal sistem komputer Makmal Perdana. Seperti kebiasaan, Basirah tercabar dengan masalah ‘busut’ yang dilonggokkan oleh pengurus makmalnya. Basirah bersemuka dengan teman-temannya, para timbalan pengurus. Basirah membentangkan masalah busut. Namun, dia dikritik. Ada ketikanya Basirah berasa sebak tetapi dia tidak akan menganggap kritikan sebagai jemputan untuk betinju, sebaliknya sebagai satu alternatif. Oleh itu, dia telah membuka buku log untuk merekod penceroboh.

Klimaks
Basirah terkejut apabila penceroboh menyelongkar segala-galanya yang berkaitan dengan ketenteraan. Oleh itu, Basirah telah membawa masalah tersebut kepada teman sejawatnya. Basirah menganggap penceroboh tersalah sasaran. Sasaran penceroboh untuk menembusi  saluran internet di Makmal Perdana Kebangsaan Labuan atau MPKL. Di sini berlaku  perbezaan pendapat antara Basirah dengan  rakannya.  Akhirnya Basirah membuat ujikaji dengan menggunakan alat osiloskop bagi menentukan jarak antara makmal dengan penceroboh. Dengan bantuan pensyarahnya, kakaknya, iaitu Hanani dan rakan-rakan Hanani, mereka berjaya mengesan penceroboh tersebut.

 Peleraian
Basirah telah menerima ucapan tahniah atas kejayaan  menyekat penceroboh.  Akhirnya, Basirah menyaksikan impian untuk masa depan yang tidak pernah diimpikan selama ini menjadi kenyataan yang indah.


Latar


Masa  
Ø  Siang – Basirah menjalani latihan amali di makmal sistem komputer di Makmal
        Perdana
Ø  Malam – Hanani berbual-bual dengan Basirah di rumah
Ø  Hari minggu – Basirah terpaksa menyelesaikan kerjanya yang banyak di
       makmal sistem komputer, Makmal  Perdana

Tempat     
Ø  Makmal sistem komputer di Makmal Perdana – tempat Basirah menjalani latihan
        amali  tahun akhir jurusan Sains Komputer
Ø  Pusat bandar Kota Kinabalu – tempat letaknya Makmal Perdana
Ø  Sekolah kanak-kanak pintar – tempat Basirah belajar semasa zaman kanak-
        kanak
Ø  Institusi pengajian tinggi di Semenanjung – tempat Basirah belajar sebagai siswi
        jurusan Sains Komputer

Masyarakat
Ø  Masyarakat yang celik komputer – Basirah, pekerja di makmal sistem komputer, Makmal  Perdana, dan rakan-rakan Hanani mahir menggunakan komputer
Ø  Masyarakat  terpelajar – Basirah merupakan sisiwi tahun akhir jurusan Sains Komputer di sebuah institusi pengajian tinggi
Ø  Masyarakat remaja yang gemar akan aktiviti rekreasi – Hanani dan rakan-rakannya mengikuti aktiviti rekreasi seperti berdiskusi sastera di pantai, berkayak, dan mendaki gunung





Gaya Bahasa

1.    Metafora  
      Contoh: Meniti buih di jeram , mata fikir 
 2.    Diksi         
      Bahasa Inggeris -  hyperintelligent , the exterminator 
      Bahasa IT  -  Sotware , user , hacker 
      Istilah Sains -  Osiloskop 
 3.    Hiperbola
      Contoh: Menggunung secara halimunan juga 
  4.    Sinkope    
      Contoh: Dah (Sudah), Kak (Kakak)
 5.    Simplok    
      Contoh: Dipuji macam bidadari
      Contoh: Draikan macam puteri 
 6.    Perlambangan
      Contoh: Busut


Nilai

1.    Nilai kasih sayang
      Kakaknya menatang sebuah kek yang comel ke dalam makmal sempena hari jadi  
      Basirah yang ke-14.
 2.    Nilai berusaha
      Basirah telah berusaha menyekat penceroboh komputer sehingga telah berjaya.
 3.    Nilai bertanggungjawab
      Basirah bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan kepadanya.

Pengajaran

1.      Kita hendaklah mempunyai perasaan kasih sayang antara adik beradik walaupun mempunyai tahap kepintaran yang tidak sama.
2.      Kita hendaklah berusaha sedaya upaya apabila melakukan sesuatu pekerjaan.
3.      Kita hendaklah bertanggungjawab atas apa yang diberikan kepada kita.



SAJAK




PERSAHABATAN
(Mohd Amran Daud)
MAKSUD SAJAK




Rangkap 1

Gambaran seorang kanak-kanak berbangsa Melayu yang nampak cantik apabila berbaju kurung. Mempunyai lesung pipit dan kening yang lentik. Dia sedang bermain-main keseorangan dalam keadaan keriangan. Di wajahnya menampakkan kegembiraan melalui senyum dan ketawanya.


Rangkap 2

Gambaran seorang kanak-kanak berbangsa Cina yang mengenakan pakaian cheongsam dan mempunyai dua tocang pada rambutnya. Wajahnya menampakkan keceriaan.  Kemudian dia datang bertegur sapa dengan kanak-kanak berbangsa Melayu. Dia menghulurkan senyuman dan ketawa manja yang menyerlahkan keriangannya. Kemudian mereka bermain dan berkejaran bersama-sama tanpa sesiapa yang menghalang.


Rangkap 3

Gambaran seorang kanak-kanak berbangsa India yang mengenakan pakaian sari, bergelang dan bertindik hidung.  Apabila dia melihat keriangan kanak-kanak berbangsa Melayu dan Cina itu bermain bersama-sama maka timbul rasa di hatinya untuk bermain bersama-sama dan berkongsi kemesraan.


Rangkap 4

Kanak-kanak yang berlainan agama dan bangsa itu saling bersalaman dan berpeluk mesra. Mereka tidak menghiraukan perbezaan adat dan budaya yang wujud antara mereka. Mereka telah membina hubungan baik antara satu sama lain tanpa rasa curiga. Wujudnya perpaduan dalam kalangan mereka tanpa rasa prasangka.  Mereka telah bersatu hati membentuk jati diri bagi merealisasikan wawasan negara agar lebih bererti.


TEMA



Sajak ini mengemukakan tema tentang perpaduan antara kaum – masyarakat berbilang kaum perlulah bekerjasama antara satu sama lain bagi mewujudkan perpaduan.






PERSOALAN


1.         Persoalan hubungan persahabatan yang wujud tanpa mengira kaum dan agama.

2.         Persoalan keakraban dan perpaduan dapat dicapai tanpa wujudnya rasa sangsi atau curiga antara satu sama lain.

3.         Persoalan kemesraan dalam perhubungan contohnya kanak-kanak pelbagai kaum bermain bersama-sama dengan riang dang gembira.

4.         Persoalan sikap ramah mesra tanpa batasan kaum iaitu kanak-kanak berbangsa Melayu terhadap kanak-kanak berbangsa lain untuk bermain bersama-sama.


NADA


Sajak ini bernada patriotik


GAYA BAHASA




1.         Kata ganda
Kanak-kanak / Bermain-main / berkejar-kejaran.

2.         Personifikasi
pipi tampak ceria bergincu (Rangkap 2, baris 3)

3.         Inversi  
bertindik hidung menguntum seri (Rangkap 3, baris 3)

4.         Simile
Dirinya bagai digamit bermain bersama. (Rangkap 3, baris 6)

5.         Anafora
pada wajahnya meriak gembira
pada bibirnya menguntum ceria. (Rangkap 1, baris 5&6)

6.         Asonansi
melihat saja telatah manja (Rangkap 3, baris 4)
pengulangan konsonan ’a’

7.         Aliterasi
menterjemah makna kejiranan (Rangkap 3, baris 8)
pengulangan konsonan ’n’.




BENTUK




1.         Sajak ini terdiri daripada empat rangkap

2.         Jumlah baris adalah bebas.
Contohnya: Rangkap 1-  ada tujuh baris, Rangkap 2 – ada lapan baris, Rangkap 3 –             ada lapan baris dan Rangkap 4 –ada sepuluh baris.

3.         Jumlah perkataan antara tiga hingga enam patah kata sebaris.

4.         Jumlah suku kata antara lima hingga lima belas suku kata sebaris.

5.         Rima akhir bebas


NILAI





1.      Nilai perpaduan
Masyarakat perlulah bersatu padu antara satu sama lain untuk menjayakan wawasan         negara.

2.      Nilai keakraban dalam hubungan persahabatan
Kanak-kanak pelbagai kaum menjalin hubungan persahabatan tanpa timbul rasa curiga.


PENGAJARAN




1.      Kita hendaklah menjalinkan hubungan persahabatan tanpa mengira kaum atau agama.

2.      Kita janganlah menyimpan perasaan curiga atau prasangka antara satu sama lain.

3.      Masyarakat perlulah bersatu-padu antara satu sama lain bagi menjayakan wawasan negara.


LATIHAN




1.   Jelaskan maksud rangkap ketiga sajak Persahabatan.
2.   Senaraikan tiga bentuk sajak Persahabatan.
3.   Pada pandangan anda, mengapakah perpaduan antara kaum amat penting di negara kita?


Jawapan:

1.      Maksud rangkap ketiga sajak ini ialah Gambaran seorang kanak-kanak berbangsa India yang menegenakan pakaian sari, bergelang dan bertindik hidung.  Apabila dia melihat keriangan kanak-kanak berbangsa Melayu dan Cina itu bermain bersama-sama maka timbul rasa di hatinya untuk bermain bersama-sama dan berkongsi kemesraan.

2.      Tiga bentuk sajak persahabatan ialah :
a)      Sajak ini terdiri daripada empat rangkap

b)      Jumlah baris adalah bebas.
 Contohnya: Rangkap 1- 7 baris, Rangkap 2 – 8 baris, Rangkap 3 – 8 baris dan Rangkap 4 -10 baris.

c)      Rima akhir adalah bebas.

3.      Perpaduan kaum di negara kita adalah penting kerana:

a)      Dapat menjamin keharmonian dan keamanan negara
b)      Dapat menjamin keharmonian hidup bermasyarakat
c)      Untuk mengelakkan perpecahan kaum dan permusuhan.


 
Powered by Blogger