Drama Sebuah Perjuangan TINGKATAN 3
Sebuah
Perjuangan
(Ab
Manaf Kamarudin)
Sumber:
Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM)
SINOPSIS
Babak
1
Pangeran
Syahbandar menyampaikan ucapan kepada penduduk di kawasan Sungai Padas
agar
menentang kompeni Inggeris kerana kawasan itu di bawah pemerintahan adik Tunku
Sultan
Hashim Jalilul Alam.
Babak
2
Jahul
melaporkan kepada Pegawai Inggeris bahawa Pangeran Syahbandar mendakwa beliau
berkuasa
di Sungai Padas. Hal ini membangkitkan kemarahan Pegawai Inggeris kerana
Sunga
i Padas
telah pun dipajak oleh Tuanku Sultan Brunei kepada mereka. Pegawai
Inggeris
memberi
hadiah kepada Jahul sebagai penghargaan atas maklumat yang diberikan.
Babak
3
Pangeran
Syahbandar dan Awang mengesyaki ada tali barut yang menfitnah Pangeran
Syahbandar
kepada penduduk kampung. Mereka bertekad untuk bertindak terhadap penduduk
kampung
yang belot.
Babak
4
Satu
pertempuran berlaku antara pengikut Pangeran Syahbandar dengan kumpulan
pembelot.
Babak
5
Jahul
memberitahu Pegawai Inggeris bahawa Pangeran Syahbandar telah menyerang
dan
menawan
penduduk yang menyokong kompeni Inggeris. Pengawai Inggeris akan membuat
bantahan
kepada Sultan Brunei
agar menghentikan kegiatan Pangeran Syahbandar yang
menentang
kompeni Inggeris.
Babak
6
Tunku
Sultan mengarahkan Pangeran Syahbandar membebaskan tawanan dan menghentikan
penentangan.
Pangeran Syahbandar kesal kerana Sultan termakan hasutan Inggeris. Beliau
bertegas
tetap meneruskan perjuangan.
Babak
7
Berlaku
pertempuran antara Pangeran Syahbandar dengan polis-polis kompeni Inggeris.
Mereka
berjaya menyerang, membunuh dan merampas senjata api orang Inggeris.
Babak
8
Di
pejabat, Pegawai Inggeris marah kerana tindakan Pangeran Syahbandar menyebabkan
pihaknya
kerugian. Kedegilan Pangeran Syahbandar akan dibalas kerana pihak Inggeris
telah
mendapat
kebenaran daripada Tuan Residen untuk menyerang balas kota Manggalela iaitu
kubu
kuat Pangeran Syahbandar.
Babak
9
Berlaku
pertempuran antara Pangeran Syahbandar dengan polis kompeni. Pangeran
Syahbandar
mahu semua pengikutnya berwaspada walaupun pihak kompeni telah berundur.
Babak
10
Pegawai
Inggeris mengetahui tentang kebijaksanaan Pangeran Syahbandar membina kubu
untuk
menahan serangan kompeni Inggeris tetapi pihaknya tidak akan berputus asa dan
akan
menyerang
sekali lagi kubu tersebut. Kompeni Inggeris juga mendapatkan bantuan
polis Sikh
dari
Perak yang mempunyai senjata api yang lebih lengkap.
Babak
11
Keadaan
kelam kabut berlaku kerana tembakan meriam daripada polis kompeni yang
menyerang
kubu Pangeran Syahbandar sekali lagi. Awang berasa cemas kerana bilangan polis
kompeni
yang ramai dan dibantu oleh polis Sikh manakala pihaknya hanya mempunyai
senjata
lembing
dan keris. Pangeran Syahbandar memberi kata-kata semangat agar berjuang
habis-habisan.
Babak
12
Pertempuran
berlarutan, Awang memberitahu Pangeran Syahbandar bahawa mereka tidak
boleh
bertahan kerana ramai pengikut telah terkorban. Pangeran Syahbandar menyatakan
mereka
tidak akan mengaku kalah. Awang menyarankan supaya mereka menyahut seruan
Gabenor
untuk berunding dan menghentikan peperangan. Akhirnya Pangeran Syahbandar
bersetuju
tetapi pengunduran mereka bukan bererti mereka tewas. Pangeran Syahbandar
dan
pengikut-pengikutnya
keluar dari kubu dan menyerah diri kepada kompeni Inggeris.
PEMIKIRAN
Drama
ini mengetengahkan pemikiran perjuangan
anak watan menentang penjajahan.
Drama
ini menyorot kisah perjuangan Pangeran Syahbandar menentang
kompeni Inggeris di Sungai
Padas.
Pangeran Syahbandar bertegas bahawa kawasan Sungai Padas merupakan hak milik
Sultan
Hashim Jalilul Alam yang mesti dipertahankan oleh penduduk watan. Pangeran Syahbandar
sanggup menentang serangan kompeni Inggeris walaupun mereka bertempur dalam keadaan serba kekurangan.
PERSOALAN
i. Kepentingan mempertahankan hak kebebasan
memerintah di negara sendiri.
Contoh: Pangeran Syahbandar bertegas agar kawasan Sungai Padas diuruskan
oleh anak
watan.
ii. Pengkhianatan terhadap bangsa
sendiri.
Contoh: Jahul sanggup menjadi tali
barut Pegawai Inggeris.
iii. Kepentingan bekerjasama dalam
mempertahankan tanah air.
Contoh: Pangeran Syahbandar dan orang kampung menentang Kompeni
Inggeris walaupun tidak mempunyai senjata yang lengkap
.
iv. Kebijaksanaan dalam menghadapi
musuh.
Contoh: Pangeran Syahbandar dan pengikutnya telah membuat persediaan awal
menentang kompeni Inggeris dengan membina kubu yang kuat
.
PLOT
Secara
keseluruhan drama ini disusun mengikut kronologi iaitu mengikut urutan cerita
bermula
dengan
Pangeran Syahbandar menyampaikan ucapan kepada penduduk di kawasan Sungai
Padas
dan diakhiri dengan Pangeran Syahbandar bersetuju menyerah kalah apabila
melihat
anak
buahnya terkorban.
Pembinaan
plot
Empat
peringkat garapan plot:
i.
Permulaan
Pangeran
Syahbandar menyampaikan ucapan kepada penduduk di kawasan Sungai Padas.
Beliau
menyeru penduduk kampung menentang kompeni Inggeris
kerana
daerah ini ialah kawasan mereka.
ii.
Perkembangan
Di
pejabat Pegawai Inggeris, Jahul melaporkan berita tentang Pangeran Syahbandar
yang
memberitahu
beliau berkuasa di Sungai Padas kerana itu tidak termasuk dalam kawasan
pajakan
Inggeris.
Pertempuran
berlaku antara pengikut Pangeran Syahbandar dengan kumpulan pembelot.
Pangeran
Syahbandar telah mengarahkan pengikut-pengikutnya memburu dan menangkap
pembelot-pembelot.
Pegawai
Inggeris membuat bantahan kepada Sultan Brunei supaya menghentikan tindakan
Pangeran
Syahbandar menentang kompeni.
Tuanku
Sultan mengarahkan Pangeran Syahbandar membebaskan tawanan dan
menghentikan
penentangan terhadap kompeni tetapi tidak diendahkan.
Pertempuran
dan tembak-menembak antara Pangeran Syahbandar dan polis-polis kompeni.
Pangeran
Syahbandar mengarahkan pengikut-pengikutnya supaya menyerang, membunuh dan
merampas
senjata api orang Inggeris. Ramai polis kompeni dibunuh dan senjata api
dirampas.
Tindakan
Pangeran Syahbandar menyebabkan pegawai Inggeris mendapatkan kebenaran
daripada
Tuan Residen untuk menyerang balas Kota Manggalela iaitu kubu kuat Pangeran
Syahbandar.
iii.
Klimaks
Keadaan
kelam kabut berlaku apabila serangan sekali lagi dilakukan oleh kompeni
Inggeris
dengan
bantuan polis Sikh. Bilangan polis kompeni lebih ramai jika dibandingkan dengan
pengikut-pengikut
Pangeran Syahbandar. Awang berasa cemas tetapi Pangeran Syahbandar
memberi
kata semangat supaya berjuang habis-habisan.
iv.
Peleraian
Awang
menyatakan bahawa mereka tidak dapat bertahan lagi kerana ramai orang mereka
yang
terkorban.
Awang menyarankan supaya mereka menyahut seruan gabenor supaya berunding
dan
menghentikan peperangan. Pangeran Syahbandar bersetuju tetapi mereka bukan
menyerah
kalah. Semangat mereka tetap kekal untuk menentang penjajah. Pangeran
Syahbandar
dan pengikut-pengikutnya keluar daripada kubu dan menyerah diri.
TEKNIK
PENCERITAAN
1. Teknik
Pemerian
Contoh: Pengarang mengarapkan teknik pemerian dalam babak pertempuran
antara pengikut
Pangeran Syahbandar dengan polis Kompeni
.
1.
Teknik
dialog
Contoh: Jahul: (sedikit gugup) Betul tuan. Saya tidak salah
dengar,tuan.
1.
Teknik
kejutan
Contoh: Kota Manggalela diserang secara tiba-tiba oleh pihak Inggeris dengan
bantuan
anggota polis Sikh dari Perak selepas Pangeran Syahbandar
menyangka mereka telah
berundur.
WATAK
DAN PERWATAKAN
Watak
Utama
Pangeran
Syahbandar
i. Tokoh pejuang di Sungai Padas.
ii. Pemimpin yang berani.
Contoh: Pangeran Syahbandar tidak gentar menentang kumpulan kompeni
Inggeris yang ramai
.
iii. Pemimpin yang tegas.
Contoh: Pangeran Syahbandar bertegas meneruskan perjuangan menentang
Inggeris
walaupun Tuanku Sultan mahu mereka menghentikan penentangan
terhadap Kompeni
Inggeris.
iv. Pemimpin yang rasional.
Contoh: Pangeran Syahbandar sanggup berunding dan berdamai dengan Kompeni
Inggeris
setelah pengikut-pengikutnya semakin ramai terkorban.
v. Pemimpin yang berkaliber.
Contoh: Pangeran Syahbandar telah berjaya mengarahkan pengikut-pengikutnya
menangkap
pembelot
.
vi. Pemimpin yang bijak.
Contoh: Pangeran Syahbandar telah membuat persediaan yang rapi dengan
membina kubu
sebagai pertahanan menentang musuh.
Watak
Sampingan011 08:12
Awang
i. Pembantu kepada Pangeran
Syahbandar.
Contoh: Awang sentiasa membantu Pangeran Syahbandar semasa menentang
Kompeni
Inggeris
.
ii. Pemuda yang cinta akan tanah air.
Contoh: Awang bersama-sama Pangeran Syahbandar menentang kompeni Inggeris
yang ingin
menguasai kawasan Sungai Padas
.
iii. Berfikiran jauh.
Contoh: Awang mencadangkan Pangeran Syahbandar supaya berunding dan menghentikan
peperangan
Jahul
i. Tali barut Inggeris.
Contoh: Jahul sentiasa melaporkan kegiatan Pangeran Syahbandar dan
pengikut-pengikutnya
kepada Pegawai Inggeris
.
ii. Pemuda yang mudah termakan
pujukan.
Contoh: Jahul bersetuju memberikan maklumat apabila Pegawai
Inggeris memberi hadiah.
Pegawai
Inggeris
i. Wakil kompeni Inggeris di Sungai
Padas.
ii. Bijak mengatur strategi.
Contoh: Pegawai Inggeris pandai memujuk Jahul untuk mendapatkan maklumat
dengan
memberikan ganjaran kepada Jahul
.
LATAR
Latar
Masa
i. Berlaku hampir 4 bulan
Contoh: Awang menyatakan pertempuran antara pengikut Pangeran Syahbandar
dengan
Kompeni Inggeris sudah berlarutan hampir 4 bulan
ii. Waktu malam.
Contoh: Pertempuran berlaku antara pihak Kompeni Inggeris dengan pengikut
Pengeran
Syahbandar di Kota Manggalela
.
iii. Waktu pagi.
Contoh: Jahul melaporkan berita Pangeran Syahbandar mendakwa dia berkuasa
di kawasan
Sungai Padas kepada Pegawai Inggeris
.
Latar
Tempat
i. Di kawasan Sungai Padas.
Contoh: Pangeran Syahbandar memberi ucapan kepada penduduk kampung bahawa
Kompeni
Inggeris tidak berhak melarang mereka mencari nafkah di bumi
mereka sendiri.
ii. Pejabat Pegawai Inggeris.
Contoh: Perbualan antara Jahul dan Pegawai Inggeris tentang perkara yang
berlaku di
kawasan Sungai Padas
.
iii. Kubu Kota Manggalela.
Contoh: Kompeni Inggeris membedil kota
Manggalela sebagai serangan balas.
Latar
Masyarakat
i. Masyarakat kampung yang
mudah dipengaruhi.
Contoh: Terdapat penduduk kampung Kawasan Sungai Padas menyokong kompeni
Inggeris
dan menjadi pembelot
.
ii. Masyarakat yang
mengkhianati bangsanya sendiri.
Contoh: Jahul memberi maklumat mengenai Pangeran Syahbandar kepada Kompeni
Inggeris.
iii. Masyarakat penjajah.
Contoh: Kompeni Inggeris bertegas mahu menguasai kawasan Sungai
Padas.
iv. Masyarakat pemimpin yang
bertimbang rasa.
Contoh: Pangeran Syahbandar hanya akan mengutip cukai sekadar yang
termampu oleh
penduduk
.
i. Kata pinjaman(bahasa Inggeris)
Contoh: what, special for you, coming
ii. Peribahasa
Contoh: Biar berputih tulang, jangan berputih mata, alang-alang mandi biar
basah, kepala batu,
biar kita mati berkalang tanah
iii. Kata ganda
Contoh: tercunggap-cungap, saudara-saudara dan polis-polis
iv. Sinkof/sinkope
Contoh:
tu, tak kan , tapi
NILAI
i.
Nilai semangat cinta akan tanah air
Contoh: Pangeran Syahbandar sanggup bergadai nyawa untuk mempertahankan
kawasan
Sungai Padas
.
ii.
Nilai kesetiaan
Contoh: Awang menyokong tindakan Pangeran Syahbandar demi mempertahankan
tanah air
daripada kekuasaan Kompeni Inggeris
.
iii.
Nilai bersatu padu
Contoh: Pangeran Syahbandar, Awang, dan pengikut-pengikutnya bersatu padu
dalam
menentang Kompeni Inggeris sehingga ramai yang terkorban
.
iv.
Nilai keberanian
Contoh:
Pangeran Syahbandar dan Awang sanggup mati demi menegakkan hak mereka.
Mereka
juga berani menyerang pihak Kompeni Inggeris walaupun tidak mempunyai
kelengkapan
senjata yang sesuai.
v.
Nilai rasional
Contoh:
Pangeran Syahbandar menerima pendapat Awang untuk berdamai dengan pihak
Kompeni
Inggeris agar tidak ramai yang menjadi korban.
PENGAJARAN
i. Kita haruslah mempertahankan tanah
air daripada sebarang bentuk penjajahan.
Contoh:
Pangeran Syahbandar berjuang habis-habisan untuk
mempertahankan kawasan
Sungai Padas
.
ii. Kita hendaklah bersatu padu
menentang penjajah.
Contoh: Pengikut-pengikut kampung bersama-sama Pangeran Syahbandar dan
Awang bersatu
padu menentang Kompeni Inggeris
iii. Kita hendaklah berani menentang
penjajah.
Contoh:
Pangeran Syahbandar dan pengikut-pengikutnya
berani menentang Kompeni
Inggeris.
iv. Kita mestilah setia kepada ketua.
Contoh: Pangeran Syahbandar sentiasa disokong oleh Awang dalam
mempertahankan tanah
air.
SOALAN
i. Apakah laporan yang disampaikan
oleh Jahul kepada Pegawai Inggeris?
ii. Mengapakah pangeran Syahbandar
ingin menyerah diri?
JAWAPAN
i. Laporan yang disampaikan oleh
Jahul kepada Pegawai Inggeris ialah Pangeran
Syahbandar
berkuasa di kawasan Sungai Padas dan Pangeran Syahbandar dan pengikut telah
menyerang
dan menawan penduduk yang menyokong Inggeris.
ii. Pangeran Syahbandar ingin
menyerah diri untuk mengelakkan lebih banyak nyawa
terkorban.
tema mane?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteBenda ni banyak membantu....thanks
ReplyDeleteBenda ni banyak membantu....thanks
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian
ReplyDeleteIni telah banyak membantu saya dan rakan saya
:)