Sinopsis
Fikiran Basirah kian kusut.Dia berdepan dengan
masalah ''busut'' dalam sistem komputer di Makmal Perdana,tempat dia
sedang menjalani latihan praktikalnya.Dalam kekusutan fikirannya
itu,Basirah terkenang akan kakaknya,Hanani.Basirah mengalami masalah egoisme sebagai
seorang kanak-kanak genius.Basirah berasa tidak senang apabila Hanani
mengeluh apabila melihat dirinya pergi bekerja pada hari minggu.Basirah
menganggap Hanani tidak memahami dirinya.Basirah tidak pasti sama ada
sikapnya itu memperlihatkan keangkuhannya.Namun pada waktu yang sama,dia
teringin menjadi seperti Hanani yang banyak mempunyai kawan dan
bergembira dengan pelbagai rutin harian.
Namu demikian,Basirah tidak boleh berbuat seperti Hanani
kerana gadis genius mesti sentiasa kelihatan serius seperti orang
dewasa.Tambahan pula dia sering menjadi
perhatian.Bagaimanapun,kadangkala Basirah teringin juga mengisi masa
terluang dengan mencari maklumat tentang cara-cara untuk menjalinkan
persahabatan.Namun,usahanya itu tidak sampai ke mana kerana dia sentiasa
sibuk belajar dan bekerja serta memerah otak.Basirah tiba-tiba
terkenang akan hari pertama dia menjalani latihan praktikalnya semasa
berusia 13 tahun.Namun sepantas itu juga perhatiannya kembali kepada
masalah ''busut'' yang dilonggokkan oleh pengurusnya tadi.Memang
terdapat paparan data yang mencurigakan dan terlalu rumit untuk
ditafsirkan.Namun,Basirah optimis.Dia tidak mudah mengaku kalah.Dia
berusaha untuk mengesan penceroboh sistem komputer itu.
Tiba-tiba Basirah teringat lagi akan ''busut'' yang lain itu.''Busut''
yang bermula daripada sebesar butir padi,kemudian melanda
saluran-saluran darah di payudara ibunya.Akhirnya ibunya tewas dan
kembali ke rahmatullah.Lamunan Basirah terhenti apabila beberapa
orang remaja linkungan 12-15 tahun hadir di makmalnya.Salah seorang
daripada remaja itu ialah kakaknya,Hanani yang datang untuk meraikan
hari jadi Basirah yang ke-14.Mereka turut membawa sebiji kek.
Semua remaja yang hadir menghulurkan bantuan kepada
Basirah.Ada antara mereka yang mempunyai saudara,kawan,atau peminat
''surat elektronik'' di luar negara.Basirah terharu.Alat osiloskop
dipasang.Panggilan kepada ''kawan elektronik'' dibuat dan balasan e-mel
dari luar negara di seluruh dunia diterima.Basirah turut kagum akan
cadangan Hanani.Basirah sedar bahawa tidak semua orang pakar dalam semua
subjek.Akhirnya,maklumat tentang penangkapan si penceroboh itu mulai
tersebar dalam internet.
Tema
Sikap individualisme boleh menimbulkan permasalahan dalam kehidupan.Basirah menghadapi masalah dalam hidupnya kerana tidak banyak mempunyai kawan lantaran dia merupakan gadis genius.
Persoalan
a) Masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak genius.
Basirah merupakan seorang kanak-kanak genius.Hal ini menjadikan kematangan inteleknya mendahului
umur biologinya.Sebagai akibatnya,dia tidak selesa bergaul dengan kawan-kawan sebaya dengannya.
b) Sukar untuk bergaul dengan orang lain.
Basirah menghadapi masalah untuk bergaul dengan orang yang lebih berusia daripadanya kerana
pemikirannya masih lagi di tahap remaja.
c) Sikap gemar memandang rendah terhadap kebolehan orang lain.
Kedua-dua orang timbalan pengurus di makmal komputer itu memandang rendah akan kebolehan
Basirah walaupun Basirah merupakan gadis genius.
d) Sikap keakuan dalam menjalani kehidupan.
Kepintaran Basirah yang luar biasa disertai sikapnya yang ego telah menyebabkan dia hidup terasing
dan kesunyian kerana tidak mempunyai kawan.
e) Menghargai kebolehan orang lain.
Basirah akhirnya menghargai kebolehan kakaknya,Hanani semasa membantunya untuk menyelesaikan
masalah sistem komputer di makmal itu yang diceroboh.
Watak
a)Watak utama dalam cerpen ini ialah Basirah.
b)Watak sampingan terdiri daripada Hanani,timbalan pengurus dan pensyarah Basirah.
Perwatakan
Basirah
a)Basirah gadis genius yang berusia 14 tahun.
b)Basirah siswi tahun akhir dalam jurusan Sains Komputer di sebuah institusi pengajian tinggi di Semenanjung.
c)Basirah menjalani latihan amali di Makmal Perdana.
d)Basirah dilantik sebagai timbalan pengurus di makmal komputer itu.
e)Basirah optimis dan gigih semasa melaksanakan sesuatu kerja.
f)Basirah tidak banyak mempunyai rakan sebaya.
g)Basirah suka hidup menyendiri.
h)Basirah bijak menangani tekanan.
i)Basirah dapat menerima pandangan orang lain.
Hanani
a)Hanani kakak kepada Basirah.
b)Hanani berusia 16 tahun.
c)Hanani seorang kanak-kanak biasa daripada segi kecerdasan otak.
d)Hanani mengambil berat tentang adiknya,Basirah.
e)Hanani periang
f)Hanani banyak mempunyai rakan sebaya.
g)Hanani lincah dan kreatif.
Timbalan Pengurus(2 orang)
a)Berusia dalam lingkungan 40-an.
b)Mencemburui kehadiran gadis genius,Basirah di Makmal Perdana.
Plot
Permulaan
Tema
Sikap individualisme boleh menimbulkan permasalahan dalam kehidupan.Basirah menghadapi masalah dalam hidupnya kerana tidak banyak mempunyai kawan lantaran dia merupakan gadis genius.
Persoalan
a) Masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak genius.
Basirah merupakan seorang kanak-kanak genius.Hal ini menjadikan kematangan inteleknya mendahului
umur biologinya.Sebagai akibatnya,dia tidak selesa bergaul dengan kawan-kawan sebaya dengannya.
b) Sukar untuk bergaul dengan orang lain.
Basirah menghadapi masalah untuk bergaul dengan orang yang lebih berusia daripadanya kerana
pemikirannya masih lagi di tahap remaja.
c) Sikap gemar memandang rendah terhadap kebolehan orang lain.
Kedua-dua orang timbalan pengurus di makmal komputer itu memandang rendah akan kebolehan
Basirah walaupun Basirah merupakan gadis genius.
d) Sikap keakuan dalam menjalani kehidupan.
Kepintaran Basirah yang luar biasa disertai sikapnya yang ego telah menyebabkan dia hidup terasing
dan kesunyian kerana tidak mempunyai kawan.
e) Menghargai kebolehan orang lain.
Basirah akhirnya menghargai kebolehan kakaknya,Hanani semasa membantunya untuk menyelesaikan
masalah sistem komputer di makmal itu yang diceroboh.
Watak
a)Watak utama dalam cerpen ini ialah Basirah.
b)Watak sampingan terdiri daripada Hanani,timbalan pengurus dan pensyarah Basirah.
Perwatakan
Basirah
a)Basirah gadis genius yang berusia 14 tahun.
b)Basirah siswi tahun akhir dalam jurusan Sains Komputer di sebuah institusi pengajian tinggi di Semenanjung.
c)Basirah menjalani latihan amali di Makmal Perdana.
d)Basirah dilantik sebagai timbalan pengurus di makmal komputer itu.
e)Basirah optimis dan gigih semasa melaksanakan sesuatu kerja.
f)Basirah tidak banyak mempunyai rakan sebaya.
g)Basirah suka hidup menyendiri.
h)Basirah bijak menangani tekanan.
i)Basirah dapat menerima pandangan orang lain.
Hanani
a)Hanani kakak kepada Basirah.
b)Hanani berusia 16 tahun.
c)Hanani seorang kanak-kanak biasa daripada segi kecerdasan otak.
d)Hanani mengambil berat tentang adiknya,Basirah.
e)Hanani periang
f)Hanani banyak mempunyai rakan sebaya.
g)Hanani lincah dan kreatif.
Timbalan Pengurus(2 orang)
a)Berusia dalam lingkungan 40-an.
b)Mencemburui kehadiran gadis genius,Basirah di Makmal Perdana.
Plot
Permulaan
Basirah
merenung berbelas-belas komputer di Makmal Perdana. Namun tiadapun
daripadanya berjudul program ‘antibusut’. Dalam keadan fikirannya yang
sedang kusut, Basirah terkenang akan kakaknya, Hanani semasa mereka
masih kecil lagi, semasa Hanani di tadika sehinggalah Basirah
melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Komputer. Banyak perbezaan
antara mereka berdua. Selain itu, Basirah juga teringat akan ayahnya
yang sentiasa sibuk.
Perkembangan
Basirah
menjalani praktikal dengan menduduki jawatan timbalan pengurus makmal
sistem komputer Makmal Perdana. Seperti kebiasaan, Basirah tercabar
dengan masalah ‘busut’ yang dilonggokkan oleh pengurus makmalnya.
Basirah bersemuka dengan teman-temannya, para timbalan pengurus. Basirah
membentangkan masalah busut. Namun, dia dikritik. Ada ketikanya Basirah
berasa sebak tetapi dia tidak akan menganggap kritikan sebagai jemputan
untuk betinju, sebaliknya sebagai satu alternatif. Oleh itu, dia telah
membuka buku log untuk merekod penceroboh.
Klimaks
Basirah
terkejut apabila penceroboh menyelongkar segala-galanya yang berkaitan
dengan ketenteraan. Oleh itu, Basirah telah membawa masalah tersebut
kepada teman sejawatnya. Basirah menganggap penceroboh tersalah sasaran.
Sasaran penceroboh untuk menembusi saluran internet di Makmal Perdana
Kebangsaan Labuan atau MPKL. Di sini berlaku perbezaan pendapat antara
Basirah dengan rakannya. Akhirnya Basirah membuat ujikaji dengan
menggunakan alat osiloskop bagi menentukan jarak antara makmal dengan
penceroboh. Dengan bantuan pensyarahnya, kakaknya, iaitu Hanani dan
rakan-rakan Hanani, mereka berjaya mengesan penceroboh tersebut.
Peleraian
Basirah
telah menerima ucapan tahniah atas kejayaan menyekat
penceroboh. Akhirnya, Basirah menyaksikan impian untuk masa depan yang
tidak pernah diimpikan selama ini menjadi kenyataan yang indah.
Latar
Masa
Ø Siang – Basirah menjalani latihan amali di makmal sistem komputer di Makmal
Perdana
Ø Malam – Hanani berbual-bual dengan Basirah di rumah
Ø Hari minggu – Basirah terpaksa menyelesaikan kerjanya yang banyak di
makmal sistem komputer, Makmal Perdana
Tempat
Ø Makmal sistem komputer di Makmal Perdana – tempat Basirah menjalani latihan
amali tahun akhir jurusan Sains Komputer
Ø Pusat bandar Kota Kinabalu – tempat letaknya Makmal Perdana
Ø Sekolah kanak-kanak pintar – tempat Basirah belajar semasa zaman kanak-
kanak
Ø Institusi pengajian tinggi di Semenanjung – tempat Basirah belajar sebagai siswi
jurusan Sains Komputer
jurusan Sains Komputer
Masyarakat
Ø Masyarakat yang celik komputer – Basirah, pekerja di makmal sistem komputer, Makmal Perdana, dan rakan-rakan Hanani mahir menggunakan komputer
Ø Masyarakat terpelajar – Basirah merupakan sisiwi tahun akhir jurusan Sains Komputer di sebuah institusi pengajian tinggi
Ø Masyarakat
remaja yang gemar akan aktiviti rekreasi – Hanani dan rakan-rakannya
mengikuti aktiviti rekreasi seperti berdiskusi sastera di pantai,
berkayak, dan mendaki gunung
Gaya Bahasa
1. Metafora
Contoh: Meniti buih di jeram , mata fikir
2. Diksi
Bahasa Inggeris - hyperintelligent , the exterminator
Bahasa IT - Sotware , user , hacker
Istilah Sains - Osiloskop
3. Hiperbola
Contoh: Menggunung secara halimunan juga
4. Sinkope
Contoh: Dah (Sudah), Kak (Kakak)
5. Simplok
Contoh: Dipuji macam bidadari
Contoh: Draikan macam puteri
6. Perlambangan
Contoh: Busut
Nilai
1. Nilai kasih sayang
Kakaknya menatang sebuah kek yang comel ke dalam makmal sempena hari jadi
Basirah yang ke-14.
2. Nilai berusaha
Basirah telah berusaha menyekat penceroboh komputer sehingga telah berjaya.
3. Nilai bertanggungjawab
Basirah bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan kepadanya.
Pengajaran
1. Kita hendaklah mempunyai perasaan kasih sayang antara adik beradik walaupun mempunyai tahap kepintaran yang tidak sama.
2. Kita hendaklah berusaha sedaya upaya apabila melakukan sesuatu pekerjaan.
3. Kita hendaklah bertanggungjawab atas apa yang diberikan kepada kita.
SAJAK
PERSAHABATAN
(Mohd Amran Daud)
MAKSUD SAJAK
Rangkap 1
Gambaran seorang kanak-kanak
berbangsa Melayu yang nampak cantik apabila berbaju kurung. Mempunyai lesung
pipit dan kening yang lentik. Dia sedang bermain-main keseorangan dalam keadaan
keriangan. Di wajahnya menampakkan kegembiraan melalui senyum dan ketawanya.
Rangkap 2
Gambaran seorang kanak-kanak
berbangsa Cina yang mengenakan pakaian cheongsam dan mempunyai dua tocang pada
rambutnya. Wajahnya menampakkan keceriaan.
Kemudian dia datang bertegur sapa dengan kanak-kanak berbangsa Melayu.
Dia menghulurkan senyuman dan ketawa manja yang menyerlahkan keriangannya.
Kemudian mereka bermain dan berkejaran bersama-sama tanpa sesiapa yang
menghalang.
Rangkap 3
Gambaran seorang kanak-kanak
berbangsa India yang mengenakan pakaian sari, bergelang dan bertindik
hidung. Apabila dia melihat keriangan
kanak-kanak berbangsa Melayu dan Cina itu bermain bersama-sama maka timbul rasa
di hatinya untuk bermain bersama-sama dan berkongsi kemesraan.
Rangkap 4
Kanak-kanak yang berlainan agama
dan bangsa itu saling bersalaman dan berpeluk mesra. Mereka tidak menghiraukan
perbezaan adat dan budaya yang wujud antara mereka. Mereka telah
membina hubungan baik antara satu sama lain tanpa rasa curiga. Wujudnya
perpaduan dalam kalangan mereka tanpa rasa prasangka. Mereka telah bersatu hati membentuk jati diri
bagi merealisasikan wawasan negara agar lebih bererti.
TEMA
Sajak ini mengemukakan tema tentang perpaduan antara kaum
– masyarakat berbilang kaum perlulah bekerjasama antara satu sama lain bagi
mewujudkan perpaduan.
PERSOALAN
1.
Persoalan hubungan persahabatan yang
wujud tanpa mengira kaum dan agama.
2.
Persoalan keakraban dan perpaduan dapat
dicapai tanpa wujudnya rasa sangsi atau curiga antara satu sama lain.
3.
Persoalan kemesraan dalam perhubungan contohnya
kanak-kanak pelbagai kaum bermain bersama-sama dengan riang dang gembira.
4.
Persoalan sikap ramah mesra tanpa
batasan kaum iaitu kanak-kanak berbangsa Melayu terhadap kanak-kanak berbangsa
lain untuk bermain bersama-sama.
NADA
Sajak ini bernada patriotik
GAYA BAHASA
1.
Kata
ganda
Kanak-kanak
/ Bermain-main / berkejar-kejaran.
2.
Personifikasi
pipi tampak ceria bergincu
(Rangkap 2, baris 3)
3.
Inversi
bertindik hidung menguntum seri (Rangkap
3, baris 3)
4.
Simile
Dirinya bagai digamit bermain bersama.
(Rangkap 3, baris 6)
5.
Anafora
pada wajahnya meriak gembira
pada bibirnya menguntum ceria.
(Rangkap 1, baris 5&6)
6.
Asonansi
melihat saja telatah
manja (Rangkap 3, baris 4)
pengulangan
konsonan ’a’
7.
Aliterasi
menterjemah makna kejiranan (Rangkap
3, baris 8)
pengulangan
konsonan ’n’.
BENTUK
1.
Sajak ini terdiri daripada empat
rangkap
2.
Jumlah baris adalah bebas.
Contohnya: Rangkap 1- ada tujuh baris, Rangkap 2 – ada lapan baris,
Rangkap 3 – ada lapan baris dan
Rangkap 4 –ada sepuluh baris.
3.
Jumlah perkataan antara tiga hingga
enam patah kata sebaris.
4.
Jumlah suku kata antara lima hingga
lima belas suku kata sebaris.
5.
Rima akhir bebas
NILAI
1.
Nilai perpaduan
Masyarakat perlulah bersatu padu
antara satu sama lain untuk menjayakan wawasan negara.
2.
Nilai keakraban dalam hubungan
persahabatan
Kanak-kanak pelbagai kaum
menjalin hubungan persahabatan tanpa timbul rasa curiga.
PENGAJARAN
1.
Kita hendaklah menjalinkan hubungan
persahabatan tanpa mengira kaum atau agama.
2.
Kita janganlah menyimpan perasaan
curiga atau prasangka antara satu sama lain.
3.
Masyarakat perlulah bersatu-padu antara
satu sama lain bagi menjayakan wawasan negara.
LATIHAN
1. Jelaskan maksud rangkap ketiga sajak Persahabatan.
2. Senaraikan tiga bentuk sajak Persahabatan.
3.
Pada pandangan anda, mengapakah
perpaduan antara kaum amat penting di negara kita?
Jawapan:
1.
Maksud rangkap ketiga sajak ini ialah Gambaran
seorang kanak-kanak berbangsa India yang menegenakan pakaian sari, bergelang
dan bertindik hidung. Apabila dia melihat
keriangan kanak-kanak berbangsa Melayu dan Cina itu bermain bersama-sama maka
timbul rasa di hatinya untuk bermain bersama-sama dan berkongsi kemesraan.
2.
Tiga bentuk sajak persahabatan ialah :
a)
Sajak ini terdiri daripada empat
rangkap
b)
Jumlah baris adalah bebas.
Contohnya: Rangkap 1- 7 baris, Rangkap 2 – 8
baris, Rangkap 3 – 8 baris dan Rangkap 4 -10 baris.
c)
Rima akhir adalah bebas.
3.
Perpaduan kaum di negara kita adalah
penting kerana:
a) Dapat menjamin keharmonian dan keamanan negara
b) Dapat menjamin keharmonian hidup bermasyarakat
c) Untuk mengelakkan perpecahan kaum dan permusuhan.
No comments:
Post a Comment